Loading...

Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini

Loading...
Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini
link : Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini

Baca juga


Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini


JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail mahu barisan pemainnya mengambil pendekatan lebih berwaspada ketika berdepan Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Zahasmi mengakui pertemuan tersebut menjanjikan saingan sengit buat pasukannya terutama selepas melihat The Red Giants kembali berada di kemuncak prestasi sebenar mereka, sejak akhir-akhir ini.

“Selangor tak pernah kalah dalam enam perlawanan termasuk dalam kempen Piala Malaysia bermula awal bulan ini dan ia jelas satu petanda bahawa perlawanan malam esok (ini) bukanlah sesuatu yang mudah buat Kelantan.

“Bila pasukan hebat seperti JDT (Johor Darul Ta’zim) pun boleh tumbang di Selayang, apatah lagi pasukan kerdil seperti kita. Jadi, pemain kena bekerja lebih keras jika mahu menang kerana itu sahaja pilihan yang ada,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zahasmi yang kembali diberi mandat mengendalikan The Red Warriors berkata, biarpun gergasi Lembah Klang itu semakin berbisa, namun pasukannya tidak akan memberikan tiga mata dengan cara mudah kepada skuad kendalian P Maniam.

Menurutnya, Kelantan juga turun berbekalkan semangat kemenangan ke atas Kedah dalam kempen Piala Malaysia dan mahu menjadikan kekalahan kepada Selangor pada pusingan pertama liga sebagai misi balas dendam pada pertemuan malam ini.

“Walaupun prestasi Selangor lebih konsisten, namun fokus kita bertandang ke Selayang tetap mahu menang dan saya rasa tiada yang mustahil sebagaimana kita telah buktikan ketika mengejutkan Kedah, tempoh hari,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali berusia 50 tahun itu tidak menolak kemungkinan besar dia masih mengekalkan kesebelasan pemain sama susulan lonjakan prestasi pasukannya, pada aksi terakhir lalu.  

“Kalau ada (rombakan) sekalipun mungkin melibatkan satu atau dua pemain sahaja. Saya puas hati dengan prestasi pemain sedia ada, lagi pun tak banyak perubahan yang boleh dilakukan sebelum kita pergi ke Selayang, petang ini (semalam),” katanya.

Mengulas lanjut kekuatan Selangor, Zahasmi memberitahu, pasukan itu berkeupayaan menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas dan dia perlu memikirkan strategi terbaik bagi memastikan gawang mereka tidak dibolosi, pada pertemuan tersebut.  

“Kami perlu sekat Andik (Vermansyah), Mohd Amri (Yahyah) selain S Veenod dan Mohd Raimi (Md Nor) yang saya fikir empat pemain merupakan perancang utama Selangor memperoleh gol dengan cara seperti itu,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN


Demikianlah Artikel Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini

Sekianlah artikel Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/komen-zahasmi-ismail-persediaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Komen Zahasmi Ismail Persediaan Kelantan Sebelum Berdepan Selangor Malam Ini"

Catat Ulasan

Loading...