Loading...
Judul : Komen Jurulatih UITM FC Selepas Tewas Kepada Kelantan FA
link : Komen Jurulatih UITM FC Selepas Tewas Kepada Kelantan FA
Komen Jurulatih UITM FC Selepas Tewas Kepada Kelantan FA
JURULATIH UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui ketumpulan jentera penggempur menyaksikan pasukannya tewas 1-3 kepada Kelantan pada aksi pembuka tirai Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Kota Bharu, malam tadi.
Wan Mustaffa berkata, kegagalan barisan hadapan menyempurnakan peluang terhidang meleburkan hasrat mereka untuk mencipta kejutan ke atas gergasi pantai timur itu.
“Kalau tengok keputusan memang UiTM tewas tetapi berdasarkan corak permainan kita sepatutnya boleh kutip satu mata. Saya sedikit kecewa dengan rangkaian penyerang, bukan peluang 50-50 tetapi ada banyak peluang terbuka untuk menjaringkan gol.
“Namun inilah bola sepak, bila kita tak ambil peluang, tuan rumah yang memanfaatkannya. Kelemahan penyudah ini perlu diperbaiki kerana kita akan berjumpa semua pasukan Liga Super dalam kumpulan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Sekalipun tewas, namun pengendali The Lions Troops itu tetap berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya yang dilihat memberi saingan ke atas tuan rumah pada pertemuan tersebut.
Malah menurutnya lagi, sekiranya anak didiknya terus mempamerkan corak permainan seperti ketika bertemu Kelantan, dia yakin UiTM FC mampu bangkit untuk memburu kemenangan sulung pada aksi seterusnya, selepas ini.
“Saya nampak pemain boleh beri saingan kepada semua posisi pasukan lawan. Kalau mereka boleh kekal bermain seperti ini, mungkin kita boleh cipta sesuatu apabila berdepan Kedah di Shah Alam, Jumaat ini,” katanya
Sumber : Sinar Harian
Demikianlah Artikel Komen Jurulatih UITM FC Selepas Tewas Kepada Kelantan FA
Sekianlah artikel Komen Jurulatih UITM FC Selepas Tewas Kepada Kelantan FA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Komen Jurulatih UITM FC Selepas Tewas Kepada Kelantan FA dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/komen-jurulatih-uitm-fc-selepas-tewas.html
0 Response to "Komen Jurulatih UITM FC Selepas Tewas Kepada Kelantan FA"
Catat Ulasan