Loading...

Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA

Loading...
Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA
link : Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA

Baca juga


Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA


KETUA jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mahu penyokong memberikan sedikit masa kepadanya untuk membaik pulih semula pasukan itu yang dibelenggu prestasi hambar ketika di bawah kendalian pengarah teknikal, Alfredo Gonzales.
Zahasmi berkata, beliau akan menggunakan segala pengalaman untuk mengembalikan semula prestasi pasukan bagi memastikan The Red Warriors (TRW) terus kekal pada Liga Super musim depan.
“Fokus saya ketika ini adalah membuat penambaikan kepada kelemahan yang ada pada pasukan. Saya tidak akan mudah mengalah dan percaya para pemain Kelantan mampu kembali ke landasan sebenar,” katanya.
Tambahnya, beliau juga tekad membuktikan keupayaan untuk mengembalikan maruah pasukan selepas diberikan semula mandat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Sementara itu, penyokong TRW pastinya gembira apabila KAFA melakukan rombakan apabila mengarahkan Gonzales untuk kembali ke tugas asalnya sebagai pengarah teknikal.
Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor berkata, rombakan yang berkuat kuasa serta-merta itu mengambil kira pandangan penaja utama TRW, Tan Sri Annuar Musa serta penyokong.
Menurutnya, KAFA memberikan kepercayaan penuh kepada Zahasmi untuk mengendalikan pasukan sehingga tamat sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Gonzales tidak akan lagi terlibat dalam hal berkaitan de­ngan percaturan taktikal pasukan selepas ini.
“KAFA juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Afandi Hamzah selaku pengurus baharu menggantikan Datuk Rosmadi Ismail,” katanya.

Sumber : KOSMO
Hakcipta terpelihara 


Demikianlah Artikel Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA

Sekianlah artikel Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/kata-kata-zahasmi-selepas-dilantik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kata-Kata Zahasmi Selepas Dilantik Kembali Kendali Pasukan Kelantan FA"

Catat Ulasan

Loading...