Loading...

JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja

Loading...
JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja
link : JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja

Baca juga


JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja

UMAT Islam yang dengan sengaja memegang anjing diingatkan segera bertaubat kerana telah melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghina agama Islam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha berkata, pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuhnya tanpa sebab yang juga bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagaimanapun menurut beliau, mengikut Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan memelihara haiwan berkenaan malahan mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadat seharian.
"Perbuatan memelihara anjing seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.
"JAKIM amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.
"Ini menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘€˜uruf atau adat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas perbuatan seorang pengguna Facebook Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu hari ini.
Mengulas lanjut Othman berkata, menurut Mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
"Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘€˜mughalazah’€™ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis ‘mughalazah’ secara sengaja.
"Tindakan sedemikian samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," katanya.
Jelasnya, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu berkenaan dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak JAKIM berkaitan hukum memelihara anjing.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja

Sekianlah artikel JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/jakim-mengingatkan-supaya-bertaubat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JAKIM Mengingatkan Supaya Bertaubat Memegang Anjing Dengan Sengaja"

Catat Ulasan

Loading...