Loading...
Judul : Gonzales Tuntut TRW Bangkit dan Turunkan Barisan Terkuat Malam Ini!
link : Gonzales Tuntut TRW Bangkit dan Turunkan Barisan Terkuat Malam Ini!
Gonzales Tuntut TRW Bangkit dan Turunkan Barisan Terkuat Malam Ini!
PENGARAH teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales menuntut kebangkitan pemainnya apabila bertemu T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.
Gonzales berkata, tiada alasan bagi anak buahnya gagal menampilkan persembahan terbaik sekalipun masih dibelenggu kekecewaan akibat tewas kepada Melaka United dalam kempen Piala Malaysia, empat hari lalu.
“Sekarang masa untuk bercakap soal kesabaran, kebijaksanaan dan keyakinan untuk meningkatkan kembali moral pemain kerana perlawanan menentang T-Team malam esok (ini) sangat penting bagi Kelantan.
“Sudah pasti kami tidak mahu kecewa kali kedua dalam tempoh seminggu dan saya harap Kelantan mendapat keputusan positif walaupun pertemuan ini menjanjikan saingan sengit bagi kedua-dua pasukan,” katanya kepada semalam.
Bagaimanapun The Red Warriors (TRW) dijangka bertandang tanpa kelibat kapten, Mohd Badhri Radzi akibat kecederaan sekali gus menyaksikan pasukan itu berdepan tugas sukar untuk menjinakkan skuad kendalian Rahmad Darmawan.
“Kita akan tengok kondisi pemain pada latihan terakhir petang ini (semalam) dan saya bersama barisan kejurulatihan akan tentukan kesebelasan terkuat untuk pertemuan ini,” katanya.
Sementara itu, penjaga gawang, Mohd Ramadhan Abd Hamid bertekad menebus kesilapannya ketika menentang Melaka dengan membantu Kelantan meraih kemenangan, pada pertemuan itu.
Sumber : SINAR HARIAN
Demikianlah Artikel Gonzales Tuntut TRW Bangkit dan Turunkan Barisan Terkuat Malam Ini!
Sekianlah artikel Gonzales Tuntut TRW Bangkit dan Turunkan Barisan Terkuat Malam Ini! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gonzales Tuntut TRW Bangkit dan Turunkan Barisan Terkuat Malam Ini! dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/gonzales-tuntut-trw-bangkit-dan.html
0 Response to "Gonzales Tuntut TRW Bangkit dan Turunkan Barisan Terkuat Malam Ini!"
Catat Ulasan