Loading...
Judul : GONZALES GAGAL BANTU KELANTAN MENANG
link : GONZALES GAGAL BANTU KELANTAN MENANG
GONZALES GAGAL BANTU KELANTAN MENANG
KOTA BHARU 1 Julai - Pengarah Teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales gagal menghadirkan magis buat pasukan itu apabila tumpas 0-2 ditangan Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini malam tadi.
Sebelum itu, pertemuan antara kedua-dua pasukan terpaksa ditangguhkan hampir 45 minit akibat hujan lebat serta petir sebelum kembali disambung oleh komisioner perlawanan, Shahrin Ismail selepas keadaan kembali reda.
Gonzales yang mengambil alih tugas daripada pengendali sebelum ini Zahasmi Ismail dikejutkan dengan serangan bertali arus Sarawak yang hampir menerjah jaring pada minit pertama dan ke-10 namun Khairul Fahmi Che Mat tangkas menyelamatkan gawang.
Kekebalan Khairul Fahmi menyelamatkan serangan bertali arus Sarawak akhirnya terlerai menerusi tandukan kencang Demerson Bruno Costa pada minit ke-22 selepas melonjak tinggi untuk menyambar sepakan percuma Tommy Mawat Bada.
Percaturan serba tidak menjadi Gonzales menyebabkan Kelantan terus dihukum Sarawak menerusi Mateo Roskam apabila sunkitannya pada minit ke-35 gagal di selamatkan oleh Khairul Fahmi yang ketika itu tidak berada di posisi sebetulnya.
Skuad kendalian David Usop terus mendominasi babak kedua dan hampir menambah jaringan pada minit ke-52 menerusi rembatan deras Abang Kamaruddin Abang Bohan namun berjaya ditepis keluar Khairul Fahmi.
Gonzales membawa masuk dua tenaga muda Daniel Asyraf Abdullah dan Nik Azli Nik Alias serta Mohd. Norfarhan Mohamad namun usaha itu gagal membuahkan hasil apabila Kelantan terus beraksi hambar.
Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan David Usop tersenyum puas berjaya mencuri tiga mata dari Kota Bharu. -UTUSAN ONLINE
Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel GONZALES GAGAL BANTU KELANTAN MENANG
Sekianlah artikel GONZALES GAGAL BANTU KELANTAN MENANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GONZALES GAGAL BANTU KELANTAN MENANG dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/07/gonzales-gagal-bantu-kelantan-menang.html
0 Response to "GONZALES GAGAL BANTU KELANTAN MENANG"
Catat Ulasan