Loading...

TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan

Loading...
TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan
link : TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan

Baca juga


TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi jaminan akan menyelesaikan hutang gaji pemain selewat-lewatnya akhir tahun ini seperti yang dituntut Perkongsian Lialibiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan itu bagi memastikan pasukan The Red Warriors (TRW) kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan. 

Katanya, ketika ini, KAFA akan mengambil dua pendekatan penyelesaian termasuk mencari satu kaedah tertentu bagi membayar tunggakan hutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

"Selain itu, kita akan mengatur jadual bayaran balik gaji pemain supaya hutang mereka dapat diselesaikan seperti mana dituntut FMLLP. 

"Tunggakan hutang pada KWSP sebanyak RM300,000 dan hutang agensi kerajaan kita sudah bincang. Saya bagi komitmen hutang pada 2016 dan kita akan 'bereskan'," katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri di kediamannya di Sri Puri, Bukit Marak, di sini, hari ini. 

Beliau yang juga penaja utama TRW berkata, bagi hutang gaji pemain, KAFA akan membuat jadual bayaran baharu dengan persetujuan pemain.  

Pada masa sama, beliau mengharapkan FMLLP juga akan memberi komitmen sama dalam menyelesaikan perkara isu berkaitan terutama isu membabitkan pendaftaran pemain import, Seydi L Imam. 

"Kehadiran Imam sangat penting bagi memantapkan jentera pasukan TRW.  "Saya akan usaha berhabis-habisan supaya Kelantan kekal di Liga Super dan tidak turun ke Liga Perdana," katanya

Sumber : BERITA HARIAN 


Demikianlah Artikel TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan

Sekianlah artikel TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/tsam-mahu-fokus-beres-hutang-2016.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TSAM Mahu Fokus Beres Hutang 2016 Supaya Kelantan Tidak Turun Liga Musim Depan"

Catat Ulasan

Loading...