Loading...
Judul : Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board
link : Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board
Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board
Kuala Lumpur, 12 Jun - Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Malaysia Tourism Board berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu timbul selepas isu panas yang membabitkan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak , Abdul Karim Rahman Hamzah yang hangat baru-baru ini.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan sebentar tadi berpendapat, peranan wakilnya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranannya dalam Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.
Kenyataan itu dimuat naik oleh Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.
Menurut Sarawak Voice, isu yang tercetus timbul selepas Abdul Karim meminta kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan.
Bagaimanapun, Nazri menempelak Abdul Karim dengan menyifatkan menteri itu sebagai 'setahun jagung'.
“Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN." kata Nazri memetik laporan Sarawak Voice itu.
Sumber : SIAKAP KELI
Demikianlah Artikel Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board
Sekianlah artikel Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/terkini-sarawak-umum-tarik-diri-dari.html
0 Response to "Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board"
Catat Ulasan