Loading...

Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia!

Loading...
Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia! - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia!
link : Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia!

Baca juga


Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia!

Skuad hoki lelaki negara sah layak ke Piala Dunia

MALAYSIA 3 INDIA 2

Skuad hoki lelaki negara mencipta sejarah layak ke peringkat separuh akhir buat kali pertama dalam kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia selepas menewaskan India 3-2 di Pusat Hoki Lee Valley, London, sebentar tadi.


Kemenangan itu mengesahkan kelayakan skuad Malaysia Tigers untuk beraksi dalam Piala Dunia di India, tahun depan.

Muhammad Razie Abdul Rahim membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-19 sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil meletakkan Malaysia dalam kedudukan selesa juga hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-23.

India bangkit bermula empat minit kemudian apabila Ramandeep Singh menjaringkan dua gol masing-masing menerusi jaringan padang dan pukulan sudut penalti.

Malaysia menguasai 72 peratus perlawanan dengan kedudukan 2-2 terikat sehingga tamat suku ketiga.

Saat mendebarkan bermula apabila Malaysia dihadiahkan pukulan sudut penalti keenam dalam suku keempat sebelum pengadil sekali lagi menyalahkan India akibat bola terkena kaki pemainnya.

Pukulan sudut penalti ketujuh akhirnya disempurnakan dengan baik oleh Razie untuk memastikan kemenangan buat Malaysia walaupun India memperoleh beberapa peluang pada hujung perlawanan.

Dalam aksi separuh akhir Sabtu ini, Malaysia akan menentang Argentina yang sebelum itu menewaskan Pakistan 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Empat pasukan terbaik kejohanan di London akan melangkah ke Kejohanan Akhir Liga Hoki Dunia di India, 1-10 Disember ini.

Malaysia bermula dengan langkah kiri dalam kejohanan ini selepas tewas kepada Argentina 5-2 dan kalah 7-3 di tangan England dalam saingan Kumpulan A.

Kebangkitan Malaysia bermula setelah menewaskan Korea Selatan 1-0 sebelum perlawanan keempat peringkat kumpulan menyaksikan skuad negara membelasah China 5-1.


Sumber : STADIUM ASTRO


Demikianlah Artikel Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia!

Sekianlah artikel Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia! dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/tahniah-skuad-hoki-lelaki-negara-sah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tahniah! Skuad Hoki Lelaki Negara Sah Layak Ke Piala Dunia!"

Catat Ulasan

Loading...