Loading...
Judul : Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j
link : Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j
Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j
Bank swasta Edmond de Rothschild menjadi institusi kewangan terbaru yang dihukum atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.
Menurut akhbar tempatan Luxembourg Wort, Edmond de Rothschild didenda sebanyak EUR8.985 juta (RM43 juta).
"Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) menyampaikan kesimpulan prosedur pentadbiran kepada Edmond de Rothschild (Eropah) pada 21 Jun," kata bank swasta itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan bank itu tidak menyebut skandal 1MDB tetapi perkara itu memperincikan mengenainya dalam laporan tahunannya yang diterbitkan bulan ini.
Akhbar harian itu berkata, Edmond de Rothschild dalam laporan tahunannya berkata, ia terpaksa mengenepikan EUR21 juta dalam perbelanjaan litigasi berbanding EUR10.6 juta pada tahun sebelumnya berkaitan dengan 'kemungkinan penipuan dalam dana 1MDB'.
Bank itu terbabit dengan bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem Abdulla Al Qubaisi, tokoh penting yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebagai terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.
Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j
Sekianlah artikel Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/skandal-1mdb-satu-lagi-bank-luar-negara.html
0 Response to "Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j"
Catat Ulasan