Loading...

Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah

Loading...
Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah
link : Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah

Baca juga


Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah


Bintang Hollywood Leonardo DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB, kata wakilnya pada Khamis.

DiCaprio juga mahu memulangkan barangan yang dikatakan diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan kebajikan yang berpunca daripada pihak yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, menurut kenyataan yang dilaporkanReuters.

Julai lalu, dalam saman sivil AS, penerbit Red Granite didakwa menggunakan RM100 juta yang menurut pendakwa dilencongkan daripada dana 1MDB kepada filem DiCaprio pada 2013 bertajuk The Wolf of Wall Street.

DiCaprio turut berlakon dalam filem itu.

DiCaprio pada Oktober lalu berkata beliau memberikan kerjasama kepada siasatan itu dan akan memulangkan sebarang hadiah atau sumbangan jika didapati berpunca daripada sumber dipersoalkan.

“DiCaprio berusaha memulangkan barang-barang ini, yang diterimanya bagi tujuan dimasukkan dalam lelongan kebajikan tahunan untuk memberikan manfaat kepada yayasannya,” menurut kenyataan itu.

“Beliau juga memulangkan Oscar yang asalnya dimenangi oleh Marlon Brando, yang diberikan kepada DiCaprio sebagai set hadiah oleh Red Granite bagi menyatakan terima kasih atas penglibatannya dalam The Wolf of Wall Street,” menurut kenyataan itu.

Yayasan Leonardo DiCaprio Foundation ditubuhkan pada tahun 1988 bagi mendukung pelbagai projek berkaitan alam sekitar.

Dalam pemfailan pada Khamis, Jabatan Kehakiman (DOJ) AS mahu merampas karya seni Picasso dan Basquiat yang dikatakan dibeli menggunakan wang yang dicuci daripada Malaysia dan dihadiahkan kepada DiCaprio oleh Red Granite.

Setakat ini masih tidak jelas dalam kenyataan itu sama ada dua lukisan itu telah dipulangkan atau tidak. Begitu juga dengan lukisan Diane Arbus yang turut disenaraikan dalam pemfailan undang-undang DOJ.

Pemfailan itu juga bertujuan merampas aset-aset dua lagi filem Red Granite yang didakwa pihak pendakwaan menggunakan wang 1MDB, iaitu Dumb and Dumber To (2014) dan Daddy's Home (2015).

Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles dalam kenyataan pada Khamis berkata “sedang berhubung dengan Jabatan Kehakiman secara aktif untuk menyelesaikan kes-kes saman sivil dan bekerjasama penuh”.

- mkini







Demikianlah Artikel Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah

Sekianlah artikel Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/siasatan-1mdb-dicaprio-pulangkan-hadiah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah"

Catat Ulasan

Loading...