Loading...

Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah

Loading...
Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah
link : Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah

Baca juga


Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah


Lupakan kisah pahit dan tragedi di Sabah. Itu cerita lama, pesan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais, kepada anak-anak buahnya.

Menurutnya, episod kekalahan dalam perlawanan persahabatan menentang Sabah selain trauma terlibat kemalangan maut apabila seorang penunggang motosikal merempuh bas sewa pasukan sewaktu berkunjung ke Kota Kinabalu sebelum Aidilfitri lalu, harus segera dilenyapkan.

"Kita harus bangkit!

"Kekalahan ini bukan tanda mengukur keupayaan sebenar pasukan. Ia hanya aksi ujian dan pengemudi pasukan, David Usop, banyak melakukan penyesuaian selepas itu," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan, di Kuching.

Katanya, tumpuan pasukan kini perlu terarah kepada aksi menjinakkan The Red Warriors (TRW) pada Sabtu ini.

"Tiada lagi ruang kesilapan. Tiada lagi istilah kekalahan. Yang ada hanyalah tiga atau satu mata yang akan dibawa pulang," katanya lagi.

Prestasi tenggelam timbul, tegasnya, harus tinggal sejarah, sementelah Sarawak telah berwajah baharu dengan memiliki dua import baharu, iaitu Mohamad Sahil Suhaimi dan Milos Raickovic.

"Saya juga menuntut komitmen berterusan Demerson Bruno Costa dan Mateo Roskam yang setakat ini tidak pernah mempamerkan aksi mengecewakan," jelasnya.

Dalam aksi persahabatan di Kota Kinabalu, Sarawak tumpas 2-1, 6-1 dan 3-2 kepada Skuad Badak pimpinan Julius Ating.

Sementara itu, jurulatih Sarawak, David Usop, yakin anak-anak buahnya mampu memberi saingan getir kepada Kelantan.

"Berdasarkan latihan hari ini, semangat mereka jelas tinggi dan kembali kepada asal.

"Kesemua pemain juga bebas daripada kecederaan dan ini membuka peluang kepada kami untuk mencatur strategi.
"Cuma yang penting adalah untuk memastikan setiap pemain dapat memberikan fokus penuh kepada permainan dan menutup ruang kepada kesilapan," tambahnya.
 

Sumber : STADIUM ASTRO


Demikianlah Artikel Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah

Sekianlah artikel Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/sarawak-mahu-bangkit-tiada-lagi-istilah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah"

Catat Ulasan

Loading...