Loading...
Judul : Orang Dalam KFA Dedahkan Ifwat Akmal Diburu JDT
link : Orang Dalam KFA Dedahkan Ifwat Akmal Diburu JDT
Orang Dalam KFA Dedahkan Ifwat Akmal Diburu JDT
BELUM reda berita mengenai denda sebanyak RM170,000 (AS$40,000) serta penggantungan 12 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terhadap penjaga gol JDT, Farizal Marlias, kini terdapat satu lagi berita yang mungkin buatkan penyokong Kedah tidak senang duduk.
Berdasarkan sumber rapat dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), penjaga gol utama skuad Helang Merah, Ifwat Akmal Che Kassim sedang diburu JDT sebagai pengganti Farizal.
Bertambah menguatkan spekulasi, ayah kepada Ifwat juga difahamkan sedang berada di Johor Bahru untuk proses rundingan terakhir sebelum pintu perpindahan pemain ditutup secara rasmi pada 11 Jun, Ahad tengah malam ini.
Walaupun Ifwat sedang berada di China bersama skuad Bawah 22 tahun hadapi tiga aksi perlawanan persahabatan di sana, ia masih tidak menghalang pengurusan JDT untuk cuba lengkapkan proses pendaftaran pemain.
"JDT tidak boleh terlalu bergantung kepada dua sahaja penjaga gol sehingga penghujung musim ini kerana jadual begitu padat bila Piala Malaysia bermula kerana bimbang sama faktor kecederaan boleh terjadi.
"Difahamkan JDT serius memburu penjaga gol yang punyai keupayaan setanding dengan Farizal dan mereka nampak Ifwat antara penjaga gol berpotensi.
"Tambahan Ifwat masih muda serta sering kali mengisi slot penjaga gol nombor satu Kedah, mereka yakin dia mampu beri saingan kepada dua lagi penjaga gol, Izham Tarmizi dan Haziq Nadzli.
"Ayahnya sekarang telah berada di Johor untuk berbincang dan mereka dijangka mampu memuktamadkan perjanjian serta proses pendaftaran sebelum Ahad tengah malam ini.
"Mungkin akan ada wakil daripada pihak JDT akan turun ke China bagi selesaikan proses tandatangan kontrak Ifwat, " kata sumber terbabit.
Ifwat mula meraih perhatian selepas tersenarai selaku penjaga gol utama pada musim lalu dan ramai melihat pemain ini ada karakter sama seperti bekas penjaga gol legenda Kedah, Ahmad Sobri Ismail.
Dia juga jadi sebahagian watak penting Kedah ketika muncul juara Piala Malaysia musim lalu serta Piala FA tahun ini ketika menang ke atas Pahang, 3-2.
Bakal menginjak usia 21 tahun pada 10 Ogos ini, Ifwat sedang bersaing hebat dengan Amierul Hakimi Awang dan Haziq Nadzli sebagai penjaga gol nombor satu skuad Bawah 22 tahun.
Maka, tidak hairan potensi Ifwat pasti akan jadi buruan JDT selepas mereka akan kehilangan Farizal sehingga 8 Jun 2018.
Sumber : MSTAR
Demikianlah Artikel Orang Dalam KFA Dedahkan Ifwat Akmal Diburu JDT
Sekianlah artikel Orang Dalam KFA Dedahkan Ifwat Akmal Diburu JDT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang Dalam KFA Dedahkan Ifwat Akmal Diburu JDT dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/orang-dalam-kfa-dedahkan-ifwat-akmal.html
0 Response to "Orang Dalam KFA Dedahkan Ifwat Akmal Diburu JDT"
Catat Ulasan