Loading...

Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik

Loading...
Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik
link : Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik

Baca juga


Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik


Barisan pemain Kelantan musim 2015/2016 tidak bersetuju dengan cadangan Tan Sri Annuar Musa berkaitan tunggakan gaji dengan memberi syarat yang dianggap pelik merujuk akhbar Kosmo! Hari ini 10hb.

Syarat pelik itu menyebut pemain perlu memberikan rebat sebanyak 50 peratus kepada KAFA sekiranya mahu mendapatkan semula tunggakan gaji secara tunai dalam tempoh 30 hari.

Ramai yang beranggapan syarat itu disifatkan zalim memandangkan para pemain seolah-olah terpaksa mengemis untuk mendapatkan hasil titik peluh mereka sendiri.

Mohd Nor Hazrul Mustafa yang merupakan salah seorang pemain terlibat berkata, dia mengakui terkejut dengan cadangan tersebut.

"Secara jujur, saya tidak bersetuju dengan cadangan ini, bukan sahaja tidak masuk akal malah seolah-olah mahu mendera bekas pemain yang pernah menabur bakti bersama pasukan Kelantan.

"Jika bayaran tunggakan ini diberikan separuh, amat malang buat kami sebagai bekas pemain skuad TRW yang telah bertungkus lumus bersama pasukan", kata Hazrul di Kota Bharu semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan bahawa penaja pasukan Kelantan yang diketuai Annuar sedia melunaskan tunggakan itu kepada barisan pemain musim 2015 & 2016 secara tunai dalam masa 30 hari sekiranya mereka bersedia memberikan rebat atau diskaun sebanyak 50 peratus kepada KAFA.

Annuar dilaporkan berkata, bayaran itu akan dilunaskan dalam tempoh 30 hari kepada mana-mana pemain dan pegawai yang bersetuju dengan pelan penyelesaian tersebut namun jika tidak bersetuju, pembayaran tetap akan dilunaskan tapi makan masa.

Sebelum ini, KAFA dilaporkan berhutang dengan bekas pemain dan jurulatih Kelantan bagi musim tersebut yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Tambah Hazrul, KAFA berhutang sebanyak RM50,000 dengannya melibatkan pembayaran gaji selama empat bulan.

Sementara itu, seorang lagi pemain yang enggan mendedahkan nama berkata, dia kecewa dengan cadangan Annuar itu yang seolah-olah mahu lepas tangan dalam hal ini.

Katanya, sebagai individu yang pernah menerajui KAFA, Annuar wajib bertanggungjawab dalam hal tersebut kerana masalah berkenaan berlaku ketika di bawah pimpinannya.

"Saya sudah jelek dengan propaganda KAFA yang sering memberitahu badan itu berdepan masalah hutang tetapi yang peliknya pemain import baharu dan pengarah teknikal boleh pula diambil.

"Kami sebagai pemain ada anak isteri untuk ditanggung dan bola sepak merupakan pekerjaan hakiki. KAFA perlu ingat perkara tersebut", katanya.

Sumber : Kosmo!


Demikianlah Artikel Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik

Sekianlah artikel Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/norhazrul-tidak-setuju-cadangan-tan-sri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik"

Catat Ulasan

Loading...