Loading...

Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng..

Loading...
Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng.. - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng..
link : Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng..

Baca juga


Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng..

Nazri gelar menteri S'wak baru setahun jagung


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri  'setahun jagung'.

Ini berikutan gesaan Abdul Karim baru-baru ini agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Mohamed Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

"Tak payahlah bangkitkanagreement tu. Kami tahulah," kata Nazri kepada pemberita ketika majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka hari ini.

Sambil menegaskan bahawa cukai baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Bila jadi cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak.

"Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN.

"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Apa-apa hal kita sama-sama kerajaan. Di Sarawak tu kerajaan BN, federal pun BN..
Jumpalah saya. Awak ni baru lagi, setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," katanya.

'Nak jadi samseng belajar dengan saya'

Nazri merujuk kepada fakta bahawa Abdul Karim baru sahaja menyertai kabinet Sarawak tahun ini dan masih kurang tahap 'kekananan' dalam kerajaan.

"Dalam politik ini jangan cakap besar, you cakap besar you nak tunjuk samseng, kita lebih samseng lagi.

"Saya takkan benar dia bersikap samseng begitu. Saya menteri lama dah.

"Kalau tak faham, jumpa saya dulu, tanya. Jangan baru jadi menteri dah jadi samseng. Nak belajar jadi samseng belajar dengan saya," sindir Nazri.

Beliau menambah bahawa hanya terdapat beberapa hotel lima bintang di Sarawak untuk mengutip cukai pelancongan.

"Kalau 5 star tu sebelah jari saya boleh bilang, mungkin ada dua, tiga saja. Kebanyakan hotel 5 star di KL. Banyak di Penang, Melaka," katanya.

- mkini





Demikianlah Artikel Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng..

Sekianlah artikel Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng.. dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/nazri-menteri-sarawak-baru-seyahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nazri: Menteri Sarawak Baru Seyahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng.."

Catat Ulasan

Loading...