Loading...

Luahan Terakhir Kecewa Weigang

Loading...
Luahan Terakhir Kecewa Weigang - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Luahan Terakhir Kecewa Weigang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Luahan Terakhir Kecewa Weigang
link : Luahan Terakhir Kecewa Weigang

Baca juga


Luahan Terakhir Kecewa Weigang

"KECEWA dengan layanan semasa berada di Malaysia." Itu luahan terakhir Karl Hanz Weigang kepada Bakri Ibni ketika bertemu bekas pemain negara berkenaan  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lima hari lalu.

Menurut Bakri, Weigang berasa tidak dihargai sepanjang menabur bakti di negara ini walaupun  banyak berjasa terhadap bola sepak Malaysia dan Perak.

"Lima hari lepas semasa jumpa di KLIA, dia (Weigang) ada bertanya kepada saya, "Apa lagi yang dia tidak buat (jasa)". Kenapa orang Malaysia buat macam ini (layanan).

"Walaupun dia tersenyum tapi riak wajah mukanya nampak dia betul-betul kecewa kerana apa yang dilakukan tidak dihargai.

"Saya sebagai rakyat Malaysia sangat rasa bersalah kerana merasakan pihak terbabit tidak sepatut buat seperti itu, buang macam dia tidak berjasa ke atas pasukan," katanya ketika dihubungi.

Semalam, bekas jurulatih bola sepak negara berusia 82 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung di Jerman pernah membantu skuad negara mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pernah mengendalikan skuad Perak dua kali pada 1997 hingga 2000 dan 2016 hingga 2017.

Bakri melahirkan rasa sedih atas kehilangan jurulatih legenda Perak itu  mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

“Berita menyedihkan buat bola sepak apabila kehilangan jurulatih yang sangat berpengalaman, walaupun dia tegas, tapi caranya disenangi pemainnya," jelasnya lagi.

Selain  pernah  membantu  skuad negara layak  ke Sukan Olimpik Moscow 1980, Weigang pernah membantu Perak memenangi Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Sumber : Sinar Harian


Demikianlah Artikel Luahan Terakhir Kecewa Weigang

Sekianlah artikel Luahan Terakhir Kecewa Weigang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Luahan Terakhir Kecewa Weigang dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/luahan-terakhir-kecewa-weigang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Luahan Terakhir Kecewa Weigang"

Catat Ulasan

Loading...