Loading...

Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini

Loading...
Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini
link : Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini

Baca juga


Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini

Pengurus Kelantan yang baharu dilantik, Alfredo Gonzales, mengakui dua perlawanan pemanas badan yang telah dan akan dihadapi oleh The Red Warriors (TRW) memang tidak mencukupi untuk menguji persefahaman pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan dibuka semula selepas berehat hampir sebulan, 1 Julai depan.

“Semua orang tahu dengan hanya dua perlawanan sahaja memang tidak cukup untuk menguji prestasi pemain dan taktikal pasukan.

"Apa boleh buat! Itu sahaja yang kami ada dan sebagai seorang pengurus, saya tidak akan menangis meratapi keadaan ini, sebaliknya terus memberi motivasi kepada pemain untuk berjuang dalam apa keadaan sekalipun.

“Adalah kurang menarik kalau kita bercakap tentang kelemahan ini kerana kalau kita sentiasa mengulangi segala tindakan negatif, pasti akan menjejaskan prestasi pasukan.


"Sekarang adalah masa untuk berjuang,” katanya kepada media 

Ditanya mengenai prestasi calon penyerang import baharu yang belum dapat didaftarkan, Seydi L’Imam, Gonzalez memuji corak permainan penyerang kelahiran Perancis itu yang menjaringkan gol pertama perlawanan.

“Sebagaimana yang awak (lihat), L’Imam cukup laju, kuat, bijak menyempurnakan peluang terhidang dan agak kelakar di atas padang.


“Dia mampu memberikan apa yang pasukan perlukan dalam setiap permainan. Paling penting, dia sudah menjadi sebahagian daripada kami,” katanya. 

Dalam saingan di Padang Perdana, Kota Bharu itu, skuad kendalian Zahasmi Ismail memulakan asakan dan berjaya mendapatkan jaringan pendahuluan melalui penyerang import, L’Imam, pada minit ke-14.

Selang seminit, Kelantan terus menyerang dan mendapat gol kedua melalui sepakan penyerang import, Abou Bakr Al-Mel.

Pemain kelahiran Kedah, Hattaphon Bun An menjadikan kedudukan 3-0 apabila sepakan kencangnya dalam kawasan kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol MPKB BRI- UBeS FC, Mohd Farmie Hussin.

Dalam separuh masa kedua, Abou Bakr atau Bako terus melebarkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua peribadi melalui sepakan percuma yang cantik pada minit ke-61 menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Shahruddin Ismail.

TRW terus mengganas apabila penyerang muda Piala Presiden, Nik Azli Nik Alias menjaringkan gol kelima Kelantan menerusi rembatan kencang pada minit ke-89.

Manakala keputusan perlawanan persahabatan kedua iaitu menentang Terengganu, Sekali lagi Gol Jaringan Seydi Imam membantu Kelantan FA berjaya menumpaskan Terengganu FA 1-0 pada aksi perlawanan persahabatan bulan Ramadhan di Stadium Sultan Nasarudin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.


Perlawanan tersebut merupakan perlawanan persahabatan kedua dan terakhir buat pasukan Kelantan di bulan Ramadhan kerana bakal menyambut bulan Syawal tidak lama lagi.

Walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan, namun bagi Terengganu tidak sama sekali, mereka memberikan aksi-aksi bertenaga dan juga terjahan yang keras dimana Bako menjadi mangsa terjahan pemain Terengganu. 

Seydi Imam diturunkan sebagai pemain simpanan malam ini pada minit 63 menentang pasukan Terengganu namun ia tidak menghalang pemain ini untuk terus merobek pintu gol gawang lawan malam ini menerusi tendangan penalti pada minit ke 80 sekaligus Terengganu terpaksa berputih mata di hadapan penyokong sendiri.


Sumber : STADIUM ASTRO


Demikianlah Artikel Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini

Sekianlah artikel Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/komen-ulasan-alfredo-gonzales-mengenai_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Komen & Ulasan Alfredo Gonzales Mengenai Prestasi Seydi Imam Bersama TRW Setakat Ini"

Catat Ulasan

Loading...