Loading...

Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam

Loading...
Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam
link : Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam

Baca juga


Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) memilih Stadium Mini Ketereh sebagai tempat untuk menjalani latihan pada sebelah malam bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia, bermula awal bulan depan.

Ketua Jurulatih The Red Warriors, Zahasmi Ismail berkata, walaupun lokasi stadium ini jauh dari Kota Bharu namun itu sahaja pilihan yang ada bagi pasukannya untuk meneruskan latihan sepanjang Ramadan ini.

“Pengarah teknikal Kafa (Alfredo Gonzales) bersama pegawai media (Md Zuki Deraman) telah meninjau stadium itu malam tadi (kelmarin) dan saya diberitahu dia berpuas hati walaupun tahap pencahayaan lampu limpah tidak memuaskan.

“Mungkin dalam tempoh seminggu ini, pasukan akan berlatih di stadium ini diselang-seli dengan latihan kecergasan di gimnasium,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Akhbar ini melaporkan, persiapan skuad pantai timur itu terjejas setelah tidak mendapat kelulusan untuk berlatih di Stadium Sultan Muhammad IV kerana bertindih dengan program Madinah Ramadan anjuran kerajaan negeri.

Sementara itu, sumber terdekat persatuan itu memberitahu, Kafa telah menghantar surat kali kedua kepada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) untuk memohon berlatih dan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di stadium tersebut.

Menurutnya, keputusan tidak membenarkan pasukan berlatih di stadium itu turut menyebabkan aksi persahabatan menentang Terengganu, di Kota Bharu, pada 21 Jun ini, kemungkinan terpaksa dibatalkan.

“Setakat ini belum ada maklum balas daripada PSK tetapi kita berharap ada sinar untuk pemain Kelantan kembali berlatih semula di situ. Buat sementara waktu, pasukan akan berlatih di Stadium Mini Ketereh,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN


Demikianlah Artikel Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam

Sekianlah artikel Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/kelantan-fa-sudah-pilih-stadium-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam"

Catat Ulasan

Loading...