Loading...
Judul : KAFA Diminta Membayar Tunggakan Gaji Tiga Pemain Dan Seorang Pegawai
link : KAFA Diminta Membayar Tunggakan Gaji Tiga Pemain Dan Seorang Pegawai
KAFA Diminta Membayar Tunggakan Gaji Tiga Pemain Dan Seorang Pegawai
Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat semalam telah membuat keputusan bahawa Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) perlu membayar pampasan gaji dua pemain berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak manakala Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diminta membayar tunggakan gaji tiga pemain dan seorang pegawai.Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 1 Jun 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:
1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohamad Amirul Asraf Bin Mohd Noor terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak
Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM72,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.
2. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Afiq Amsyar Bin A. Salamat terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak
Keputusan: Tuntutan pengadu adalah ditolak
3. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Muhammad Hafizuddin Bin Harun terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak
Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM60,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.
4. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Tuan Muhamad Faim Bin Tuan Zainal Abidin terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji
Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM9,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.
5. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Khairul Izuan Bin Rosli terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji
Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM77,486.87 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.
6. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohammad Faizal Bin Abu Bakar terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji
Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM44,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.
7. Tuntutan dikemukakan oleh pegawai, Velizar Emilov Popov terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji
Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah AS$14,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.
SUPT MD DALI WAHID
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM
KHAMIS, 1 JUN 2017
Sumber : FAM
Demikianlah Artikel KAFA Diminta Membayar Tunggakan Gaji Tiga Pemain Dan Seorang Pegawai
Sekianlah artikel KAFA Diminta Membayar Tunggakan Gaji Tiga Pemain Dan Seorang Pegawai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KAFA Diminta Membayar Tunggakan Gaji Tiga Pemain Dan Seorang Pegawai dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/kafa-diminta-membayar-tunggakan-gaji.html
0 Response to "KAFA Diminta Membayar Tunggakan Gaji Tiga Pemain Dan Seorang Pegawai"
Catat Ulasan