Loading...

Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera

Loading...
Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera
link : Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera

Baca juga


Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera

Image result for kedah fa 2017 pemain
WALAUPUN melalui tempoh rehat selama sebulan untuk melakukan persediaan menjelang saingan Piala Malaysia dan baki perlawanan Liga Super bermula Julai, namun Kedah masih diuji.

Ujian terpaksa dilalui skuad hijau kuning apabila menerima kunjungan Perak di Stadium Darul Aman malam ini ialah kehilangan lima pemain termasuk penyerang utamanya.
Kelima-lima pemain berkenaan disahkan mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan untuk sementara waktu.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, mereka yang ialah Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Ken Ilso Larsen, Zachary Anderson dan Farhan Roslan.

“Memang peningkan kepala, tetapi saya yakin dengan kemampuan barisan pemain simpanan untuk mengambil alih tempat lima pemain ini dan memastikan kita menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendri untuk meraih mata penuh malam ini.

“Saya sedar Perak bukanlah lawan yang sama kita semasa kita seri di Ipoh pada Mei lalu kerana kini mereka sudah memiliki dua penyerang import dari Brazil dan telah melakukan persediaan sebaik mungkin.

“Tetapi pemain juga telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berdepan asakan lawan dan saya yakin barisan pemain mampu melaksanakan tugas mereka seperti yang rancang untuk  perlawanan malam ini,” katanya kepada mStar Online.

Nidzam menjelaskan, berbaza dengan Zachary, pemain pertahanan itu sedang meningkatkan tahap kecergasan sebelum dapat kembali bersama kesebelasan utama.
Menurutnya, perlawanan persahabatan sebelum ini juga telah memberi peluang kepada barisan kejurulatihan dan pemain untuk merencanakan yang terbaik.

“Apa yang melegakan saya ialah Sandro Da Silva  kembali menemui sentuhan penyudahnya setelah berjaya menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan, malah bahagian pertahanan juga turut menunjukkan peningkatan prestasi.

“Kita pernah beraksi tanpa beberapa pemain utama ketika mengharungi liga dan saingan Piala FA musim ini dan oleh itu saya yakin barisan pemain yang bakal mengantikan tempat tonggak utama mampu melaksanakan tugas mereka seperti yang diharapkan.

“Kehadiran penyokong yang tidak pernah jemu memberi sokongan mampu membuatkan pemain untuk berjuang habis-habisan," ujarnya.

Sumber : MSTAR


Demikianlah Artikel Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera

Sekianlah artikel Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/jurulatih-kedah-pening-kepala-beraksi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jurulatih Kedah Pening Kepala Beraksi Tanpa Lima Pemain Utama dan Senarai Pemain Cedera"

Catat Ulasan

Loading...