Loading...

Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA

Loading...
Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA
link : Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA

Baca juga


Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA

Image result for ifwat kedah
Ifwat Akmal Che Kassim. Photo: Utusan.com.my

NAMA  penjaga gol muda Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim kini tular dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila penjaga gol utama pasukan tersebut, Farizal Marlias digantung 12 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana mengasari pengadil pada aksi Piala AFC lalu, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Penjaga gol utama Harimau Selatan itu turut didenda RM170,581 kerana menolak pengadil dari China, Fu Ming, di akhir perlawanan menentang kelab Filipina, Ceres Negros FC di Bacolod City pada 31 Mei lalu.

Selain Ifwat Akmal, turut dikaitkan dengan kelab selatan tanah air itu adalah penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid, penjaga gol Felda United, Farizal Harun dan penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani.

Pemain berusia 21 tahun itu kini bersama skuad Bawah 22 Tahun di China untuk aksi persahabatan di sana bagi persiapan Sukan Sea 2017.

Bagaimanapun, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar melalui khidmat pesanan Whatsapp berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dari JDT untuk mendapatkan Ifwat Akmal.

“Setakat sekarang (tengahari semalam) saya belum terima apa-apa surat tawaran dari mereka,” katanya.

Penjelasan Aminuddin itu pastinya melegakan keresahan dalam kalangan penyokong setia Lang Merah apabila jendela Perpindahan Kedua Pemain Liga Malaysia (Liga-M) 2017 yang ditutup hari ini hampir pasti untuk melihat Ifwat Akmal terus kekal di bumi Alor Setar.

Sumber : SINAR HARIAN


Demikianlah Artikel Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA

Sekianlah artikel Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/ifwat-akmal-masih-bersama-lang-merah-kfa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ifwat Akmal masih bersama Lang Merah: KFA"

Catat Ulasan

Loading...