Loading...

Harap FMLLP Faham - Annuar Musa

Loading...
Harap FMLLP Faham - Annuar Musa - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harap FMLLP Faham - Annuar Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harap FMLLP Faham - Annuar Musa
link : Harap FMLLP Faham - Annuar Musa

Baca juga


Harap FMLLP Faham - Annuar Musa


KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyambut baik keputusan positif yang dicapai pada pertemuan antara badan induk bola sepak negeri itu dan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) pada Isnin.

Menurut Annuar,  beberapa wakil Kafa telah diminta untuk mengadakan perbincangan dengan pengendali Liga Malaysia itu mengenai isu-isu berbangkit sebelum ini membabit pasukan The Red Warriors (TRW).

"Terlalu banyak salah faham kerana tiada disiplin di antara kedua-dua belah pihak, terutama FMLLP.

Jelasnya, beliau yang mencadangkan supaya kedua-dua pihak bertemu kerana terlalu banyak salah faham yang timbul, memandangkan tidak ada disiplin dalam bekerja di kedua-dua pihak.

"Ia terutamanya FMLLP yang banyak membuat kenyataan tetapi saya diberitahu mereka tidak mengaku berbuat demikian sehingga pihak media juga turut dipersalahkan.

"Sampai bila situasi ini perlu berlaku kerana pendedahan fakta adalah 'real'," jelasnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di kediamannya di sini, Isnin.

Bagaimanapun Annuar melahirkan rasa bersyukur memandangkan perbincangan itu telah mencapai persetujuan bersama.

"Saya membaca beberapa kenyataan selepas perjumpaan itu dan ianya kedengaran positif.

"Saya ambil sebagai satu jalan positif dan cuba melakukan sedaya upaya bagi kedua-dua pihak.

"Dan berharap agar FMLLP boleh tahu makna 'tak mahu' dan 'tak mampu' dalam menyelesaikan isu-isu ini.

"Bagi saya apa yang dilakukan FMLLP sekarang bukan salah kerana sebelum ini FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sudah melaluinya.

"Cuma sekarang cara pelaksanaanya berlainan, yang kurang jelas," katanya lagi.

Pada Isnin, beberapa wakil TRW yang diketuai Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah mengadakan pertemuan dengan pihak FMLLP bagi membincangkan beberapa isu termasuk tunggakan gaji, pendaftaran pemain serta dokumentasi pasukan.

Kafa diberi tempoh sebelum 12 Jun ini bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan bagi membolehkan pendaftaran pemain dilaksanakan.

Sumber : MSTAR 


Demikianlah Artikel Harap FMLLP Faham - Annuar Musa

Sekianlah artikel Harap FMLLP Faham - Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harap FMLLP Faham - Annuar Musa dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/harap-fmllp-faham-annuar-musa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harap FMLLP Faham - Annuar Musa"

Catat Ulasan

Loading...