Loading...

Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan

Loading...
Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan
link : Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan

Baca juga


Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan

Image result for gilmar perak
Gambar : STADIUM ASTRO
Kuala Lumpur: Pemain import baru Perak, Gilmar Jose da Silva Filho akan menjawab sebarang kritikan mahupun keraguan penyokong terhadapnya dengan aksi terbaik di tengah padang.
Gilmar sedar pada ketika pengurusan skuad The Bos Gaurus menaruh keyakinan tinggi kepadanya, ada segelintir penyokong yang tidak senang menerima kehadirannya dalam pasukan itu.
Bagi Gilmar situasi itu adalah lumrah buat pemain bola sepak profesional sepertinya, justeru dia tidak perlu mengambil hati mahupun melayan sentimen sedemikian.
“Saya tidak mampu melayan cita rasa semua penyokong dan itu adalah hak mereka. Tapi apa yang penting pengurusan percaya akan kemampuan saya, oleh itu saya perlu membalasnya.
“Saya hanya mampu menjawab kritikan penyokong dengan memberi persembahan terbaik dalam setiap perlawanan serta membantu Perak mencapai keputusan terbaik dalam liga musim ini,” ujarnya.
Segelintir penyokong Perak meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Persatuan Bolasepak Perak mengambil Gilmar serta rakan senegaranya Leandro Dos Santos Oliviera sebagai pengganti Vladislav Mirchev dan Faton Toski.
Ini kerana mereka menganggap kedua-dua pemain import dari Brazil itu hanya bertaraf sederhana dan tidak mampu membawa perubahan besar kepada pasukan.
Malah ada kalangan penyokong yang menganggap mereka sebagai ‘pemain kitar semula’ kerana sebelum ini pernah beraksi dalam Liga Malaysia.
Gilmar pernah mewakili Kelantan dan Sarawak sementara Leandro bersama Selangor.
Begitupun bagi Gilmar tanggapan itu tidak sepatutnya berlaku kerana baik dirinya mahupun Leandro sudah membuktikan kemampuan mereka sebelum ini.
“Saya yakin kedatangan saya kali ini mampu meninggalkan impak lebih besar kerana sudah tahu selok-belok liga bola sepak di sini.
“Apatah lagi Perak memiliki pemain tempatan yang bagus. Saya berharap untuk membantu mereka memenangi piala serta memberi kepuasan kepada penyokong,” jelas Gilmar.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan

Sekianlah artikel Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/gilmar-mahu-menjawab-kritikan-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gilmar Mahu Menjawab Kritikan Penyokong Perak Dengan Persembahan"

Catat Ulasan

Loading...