Loading...

'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain'

Loading...
'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain' - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain'
link : 'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain'

Baca juga


'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain'

Related image
Kuala Lumpur: Paling rendah RM10,000, paling tinggi RM100,000 sebulan lapor METRO3 September 2015

Itu angka gaji diterima kebanyakan pemain bola sepak tempatan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) yang mungkin menjadi punca mengapa mereka enggan berhijrah ke liga luar terutama sekitar rantau ini.

Angka itu didedahkan sendiri pengkritik dan bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh yang beranggapan faktor tawaran gaji lumayan antara punca pemain kita tidak berminat mengeksport diri sendiri keluar biarpun wujud tawaran daripada beberapa kelab.

Menurutnya, sebanyak 30 peratus pemain tempatan menerima tangga gaji cukup besar dalam lingkungan RM20,000 ke RM70,000 sebulan berbanding liga negara lain ASEAN yang lebih rendah.

Katanya, Liga Singapura (Liga-S) mempunyai kawalan bayaran gaji tertentu namun dalam Liga-M, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan apa-apa syarat kawalan yang akhirnya menyebabkan ada pasukan menawarkan gaji melebihi kemampuan pendapatan mereka sehingga mengakibatkan kelewatan atau kegagalan membayar gaji pemain.

“Seharusnya mesti ada kawalan gaji daripada mereka (FAM) kerana ia menjadi punca utama mengapa pemain kita lebih suka menjadi ‘jaguh kampung’ tanpa ingin mahu mencabar diri beraksi di luar Malaysia.

“Memang sukar untuk merebut tempat di Eropah atau Asia Barat dan Timur, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mulakan dengan menerokai Liga Thailand atau Liga Vietnam.

“Andik (Vermansyah) dari Indonesia kini beraksi dengan Selangor, begitu juga Hariss Harun (Singapura) beraksi untuk Johor DT (Johor Darul Ta’zim), tapi pemain kita tidak ada yang mahu keluar.

“Sebabnya, gaji ditawarkan cukup lumayan walaupun sumbangan mereka tidaklah begitu setimpal berbanding kualiti dipamerkan,” katanya selepas mengulas pendedahan Arena Metro semalam apabila Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan mengariskan soal gaji dan ranking menjadi penyebab utama pemain tempatan enggan beraksi di luar negara.

Menurut bekas Penasihat Global kelab Blackburn Rovers yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, tahap kualiti taktikal dan teknikal yang lemah juga antara elemen pemain negara sukar merebut peluang dalam liga asing.

“Maaf saya cakap, tapi tiada pemain kita yang mempunyai kualiti untuk dihantar ke luar kecuali Safiq Rahim. Kita perlukan lebih ramai pemain macam Safiq jika mahu melihat ada kelibat pemain tempatan beraksi di luar. katanya.

Sumber : METRO3 September 2015


Demikianlah Artikel 'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain'

Sekianlah artikel 'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain' dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/gaji-mahal-tanpa-kawalan-punca-pasukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Gaji Mahal Tanpa Kawalan Punca Pasukan Lambat atau Gagal Bayar Gaji Pemain'"

Catat Ulasan

Loading...