Loading...

Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini

Loading...
Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini
link : Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini

Baca juga


Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju menswastakan badan induk itu bermula saingan liga musim depan sebagai pendekatan dalam menyelesaikan beberapa masalah yang menghimpit mereka.


Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata semua Exco yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk menswastakan persatuan itu. 

"Penswastaan persatuan ini bakal membabitkan dua pihak iaitu pihak swasta dan wakil kelab penyokong dalam pengurusan KAFA. 

"Malah pembahagian saham persatuan membabitkan kira-kira 70 peratus untuk syarikat swasta manakala 30 peratus lagi menjadi milik penyokong negeri ini," katanya ketika dihubungi BH Online hari ini. 

Turut hadir pada mesyuarat itu Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor. Mengulas lanjut isu sekatan pendaftaran ke atas import baharu Seydi L Imam yang menggantikan Alessandro Celin, Afandi berkata KAFA akan mengadakan pertemuan dengan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), 5 Jun untuk menyelesaikan kemelut itu. 

"Saya akan mengetuai rombongan bersama beberapa Exco KAFA ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk berbincang berhubung beberapa isu termasuk sekatan pendaftaran itu dan harap segala masalah yang berbangkit dapat diselesaikan," katanya. 

BH Sukan sebelum ini melaporkan FMLLP mendakwa KAFA masih menghadapi sekatan susulan beberapa isu berhubung pendaftaran pasukan yang belum dilengkapkan, malah KAFA mempunyai tempoh sehingga 31 Oktober depan bagi menyelesaikan pelbagai dokumen berkaitan. 

Kegagalan melengkapkan pendaftaran pasukan musim ini berkemungkinan KAFA akan disingkirkan ke saingan Liga Perdana dan andai masalah berlarutan sehingga musim depan, KAFA tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia (Liga M).

Sumber : Berita Harian 


Demikianlah Artikel Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini

Sekianlah artikel Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/exco-setuju-kafa-diswastakan-30-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini"

Catat Ulasan

Loading...