Loading...

Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee

Loading...
Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee
link : Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee

Baca juga


Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee

Gambar : METRO

Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merayu pasukan negeri dan kelab supaya melepaskan pemain untuk menyertai skuad bawah 22 tahun negara (B-22) ke saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, bulan depan.
Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, badan induk itu tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas pasukan yang enggan melepaskan pemain kerana kejohanan itu tidak terikat dengan peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“FAM tiada kuasa wajib untuk menetapkan isu ini kerana peraturan FIFA hanya membabitkan skuad kebangsaan dan kejohanan yang berada dalam kalendar badan induk itu saja.
“Jadi, FAM merayu kepada semua pasukan untuk memberi ruang kepada jurulatih Datuk Ong Kim Swee mendapatkan barisan pemain terbaik beliau,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya semalam.
Arena Metro semalam melaporkan mengenai kebimbangan Kim Swee untuk membawa skuad terbaik ke Bangkok selepas ada pasukan sudah memaklumkan tidak boleh melepaskan pemain mereka kerana jadual Liga Malaysia (Liga-M) yang padat bulan depan.
Difahamkan lapan pemain daripada 26 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula 5 Julai depan tidak mendapat pelepasan pasukan masing-masing.
Hamidin mengaku beliau faham dengan situasi yang dihadapi pasukan berkenaan dan mereka bersedia untuk mengadakan perbincangan bagi mencapai keputusan terbaik.
“Kita faham jadual padat untuk semua pasukan dalam Liga Malaysia sepanjang Julai dan mereka memerlukan pemain utama. Apapun kita akan bincang dulu dan mungkin akan buat keputusan Rabu ini.
“Peluang untuk kita mendapat tempat kedua jika kita bawa pasukan terbaik adalah cerah, kelayakan ini penting untuk kita beraksi di pusingan akhir di China tahun depan,” katanya.
Pada saingan kelayakan di Bangkok, Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand, Indonesia dan Mongolia.

Sumber : METRO 


Demikianlah Artikel Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee

Sekianlah artikel Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/datuk-hamidin-merayu-semua-pasukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Datuk Hamidin Merayu Semua Pasukan Lepaskan Pemain Kepada Ong Kim Swee"

Catat Ulasan

Loading...