Loading...

DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT

Loading...
DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT
link : DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT

Baca juga


DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT


PEMAIN bola sepak Kelantan dari pemain Piala Presiden, Muhamad Danial Ashraf Abdullah.- Foto Ihsan Media Kafa

KOTA BHARU: Penyerang muda negara, Danial Ashraf Abdullah, 20, mengakui kecewa apabila terlepas peluang untuk beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) menjelang aksi persahabatan di China akibat masalah kecederaan. 

Pemain The Red Warriors (TRW) itu bagaimanapun menganggap dia masih berpeluang untuk kembali merebut tempat selepas ini dan pada masa sama mengharapkan rakan sepasukan memperagakan aksi cemerlang dalam aksi persahabatan berkenaan.

"Memang kecewa. Ia hampir menjadi pengalaman yang berharga jika diberi peluang. 

"Namun saya tidak bernasib baik kerana keadaan kecederaan ini memaksa jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) mengetepikan saya. Dia mahu membawa barisan pemain yang benar-benar cergas ke sana," katanya ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.

Danial berkata, kecederaan yang dialaminya selepas perlawanan persahabatan dengan FELDA United, Selasa lalu mengambil masa dua minggu untuk pulih sepenuhnya.

"Fokus utama saya ketika ini ialah menjalani rawatan terapi dan berharap kecederaan ini segera pulih sepenuhnya," katanya yang bertekad mahu merebut kembali tempat di dalam skuad B-22. 

Semalam, BH Sukan melaporkan Kim Swee mengumumkan lima pemain yang digugurkan daripada aksi persahabatan di China akibat masalah kecederaan.

Selain Danial, pemain lain yang digugurkan ialah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Ariff Farhan Md Isa dan Mohamad Raphi Azizan Mariappen. 

Namun, Kim Swee menegaskan pemain yang digugurkan masih berpeluang untuk kembali kerana beliau hanya akan memilih yang terbaik menjelang saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bermula 19 hingga 30 Ogos ini. 

Skuad B-22 negara akan menghadapi perlawanan persahabatan pertama menentang skuad B-22 China pada, esok. Selepas itu, mereka akan terbang ke Guangzhou, China pada 11 Jun bagi dua aksi persahabatan bertemu skuad simpanan Guangzhou R&F pada 13 Jun dan skuad simpanan Guangzhou Evergrande (15 Jun) sebelum kembali ke tanah air pada 16 Jun.

Sumber  : BERITA HARIAN


Demikianlah Artikel DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT

Sekianlah artikel DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/danial-masih-berpeluang-untuk-kembali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DANIAL MASIH BERPELUANG UNTUK KEMBALI REBUT TEMPAT"

Catat Ulasan

Loading...