Loading...

CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal

Loading...
CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal
link : CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal

Baca juga


CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal


Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini, berkata beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak masuk akal".

Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.

"Sekarang mereka (lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta pound lagi. Bagi saya ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.

Pelaburan lain, kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM300 juta bagi membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.

Zakaria juga melahirkan rasa tidak puas hati mengenai amalan rundingan terus.

"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung ... Saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya mahu menguatkuasakan dengan tegas, maka ini apa yang berlaku," katanya.

Penggantungan Zakaria dibuat selepas beliau dilaporkan menolak permintaan Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat Afghan.

Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan beliau telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu telah diluluskan oleh pendahulunya.

Isa dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, audit dalaman akan dijalankan berhubung perkara itu.

Beliau juga mengancam untuk menyaman wartawan kerana bertanya mengenai dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau cuba memberhentikan Zakaria untuk menutup salah laku sendiri.











Demikianlah Artikel CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal

Sekianlah artikel CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/ceo-fgv-dakwa-cuba-hentikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CEO FGV Dakwa Cuba Hentikan Pelaburan100 Juta Pound Yang Tak Masuk Akal"

Catat Ulasan

Loading...