Loading...

Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara

Loading...
Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara
link : Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara

Baca juga


Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara

Amirul tekad pulihkan ranking skuad negara

Tonggak Harimau Malaya, Amirulhadi Zainal, sedia memainkan peranan penting sebagai pemain tengah bertahan untuk menangkis asakan Lubnan dalam kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Skuad negara bakal berdepan kesukaran dalam aksi pertama kelayakan apabila berdepan Lubnan yang berada di ranking lebih baik, bagaimanapun hanya pendekatan taktikal terbaik mampu menjadi senjata utama memerangkap lawan.

Perkara itu tidak dinafikan Amirul apabila mengakui dirinya juga perlu berfungsi baik untuk membantu pasukan mencapai keputusan positif.

"Bagi diri saya, kalau ditugaskan sebagai pemain tengah bertahan, sudah tentu saya tidak mahu gawang dibolosi sebab ini pun untuk meningkatkan ranking pasukan negara," katanya.

Amirul adalah antara 10 pemain yang kembali menyarung jersi Harimau Malaya.

Dijangka bergandingan dengan kapten, Safiq Rahim, dan Baddrol Bakhtiar dia optimis penampilannya di pentas Piala AFC mampu membantunya untuk kekal konsisten di peringkat antarabangsa.

"Seperti kita tahu, kalau bermain di peringkat antarabangsa, permainannya menjadi lebih pantas. Bagi saya, yang pernah bermain dalam Piala AFC, mungkin tiada masalah untuk bermain di peringkat antarabangsa. Ccuma sekarang kita ikut arahan daripada jurulatih," tambahnya.

Aksi kelayakan Piala Asia peringkat Kumpulan B, Harimau Malaya menentang Lubnan boleh saksikannya secara langsung menerusi saluran 802HD & 801, pada jam 9 malam nanti.


Sumber : STADIUM ASTRO


Demikianlah Artikel Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara

Sekianlah artikel Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/06/amirul-tekad-mahu-naikkan-ranking-skuad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

1 Response to "Amirul Tekad Mahu Naikkan Ranking Skuad Negara"

  1. Are you interested in joining the great illuminati, here is a life
    transforming opportunity into the world of the
    rich, you will be given $5,000 every two weeks as a membership
    blessings, powerful and famous.
    or contact Illuminati official email illuminati.priest@mail-on.us
    Inbox, OR send a friend request
    Whatsapp +13176681073

    BalasPadam

Loading...