Loading...
Judul : Warga Emas Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Latihan Larian UMNO
link : Warga Emas Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Latihan Larian UMNO
Warga Emas Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Latihan Larian UMNO
KUANTAN, 8 Mei — Sejak beberapa minggu lalu, warga emas Abdullah Abdul Rani hanya berjalan kaki untuk ke kebun yang letaknya kira-kira 3 kilometer dari rumahnya di Beserah, di sini.
Beliau berkata ia sebagai latihannya untuk menyertai larian bendera ulang tahun ke-71 Umno di Pahang, yang bermula secara rasminya semalam.
“Orang tua seperti saya memang perlukan latihan. Jika tidak, pasti akan ketinggalan di belakang dan paling saya bimbangkan jika akan menyusahkan orang,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Abdullah merupakan seorang daripada 200 peserta yang mengambil bahagian dalam larian itu, diketuai ketua Pemuda Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah yang memulakan larian dari Chendor di sini hingga ke bandar Kuantan.
“Ini juga sebagai sokongan kepada presiden (Datuk Seri Najib Razak) yang kini berhadapan dengan pelbagai serangan daripada pembangkang.
“Saya juga akan turun ke Bukit Jalil pada 11 Mei ini,” katanya.
- bernama
Demikianlah Artikel Warga Emas Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Latihan Larian UMNO
Sekianlah artikel Warga Emas Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Latihan Larian UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Latihan Larian UMNO dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/warga-emas-jalan-kaki-3-km-setiap-hari.html
0 Response to "Warga Emas Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Latihan Larian UMNO"
Catat Ulasan