Loading...
Judul : Ultras Tranung Hasilkan Tifo Gergasi Bahasa Jawi
link : Ultras Tranung Hasilkan Tifo Gergasi Bahasa Jawi
Ultras Tranung Hasilkan Tifo Gergasi Bahasa Jawi
Anggota Ultras Tranung sedang menyiapkan kain rentang gergasi ataupun tifo yang akan direntangkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,malam ini - UTUSAN ONLINE
KUALA TERENGGANU - Ultras Tranung (Terengganu) mencipta kelainan apabila bakal membawa kain rentang gergasi yang memaparkan ejaan Terengganu dalam tulisan jawi sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.
Kain rentang yang turut digelar 'tifo' itu bersaiz 250 meter persegi itu dihasilkan oleh kira-kira 100 ahlinya dari seluruh daerah, sejak Isnin lalu dan kini dalam peringkat akhir untuk disiapkan.
Wakil Ultras Tranung, Mohd. Radhie Abdullah Din berkata, idea yang tercetus hasil perbincangan ramai itu selaras dengan usaha memartabatkan penggunaan bahasa jawi memandangkan Terengganu dari segi sejarah memiliki tinggalan tulisan jawi purba terawal menerusi Batu Bersurat.
Katanya, selain kain rentang, turut dibawa sebagai tanda sokongan dan semangat kepada skuad Penyu adalah 10 panji-panji.
"Kain rentang ini akan diangkat ketika nyanyian lagu negeri dan kebangsaan berkumandang," katanya ketika ditemui di Dataran Syahbandar di sini hari ini.
Ultras Tranung yang ditubuhkan sejak 2011 memiliki ahli aktif seramai 111 orang. - UTUSAN ONLINE
Sumber Asli: © Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Ultras Tranung Hasilkan Tifo Gergasi Bahasa Jawi
Sekianlah artikel Ultras Tranung Hasilkan Tifo Gergasi Bahasa Jawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ultras Tranung Hasilkan Tifo Gergasi Bahasa Jawi dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/ultras-tranung-hasilkan-tifo-gergasi.html
0 Response to "Ultras Tranung Hasilkan Tifo Gergasi Bahasa Jawi"
Catat Ulasan