Loading...

Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik!

Loading...
Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik! - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik!
link : Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik!

Baca juga


Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik!


PETALING JAYA: "Saya menyeru kepada pengkritik bola sepak tanah air supaya tampil bersama 11 nama pemain terbaik."

Demikian cabar bekas pengendali skuad Bawah 23 Tahun negara, B. Sathianathan terhadap kritikan segelintir pihak yang menyifatkan pemilihan skuad Harimau Malaya sebagai skuad kuda tua.

Malah Sathianathan mengakui berasa hairan dengan 'mulut-mulut' bising yang tidak berpuas hati dengan senarai baharu skuad Harimau Malaya.

"Saya menyeru kepada mereka yang sentiasa mengkritik ini supaya tampil memberi nama-nama pemain yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

"Jika isu pemain kuda tua atau 'pengkhianat', sebenarnya ia bukan perkara baharu. Dalam bola sepak memang berlaku situasi pemain kembali menyarung jersi negara selepas bersara.

"Zaman dulu (ke Rusia) pun ada juga pemain yang bersara dipanggil kembali menyertai skuad kebangsaan kerana memang mereka sahaja yang terbaik.

"Jadi keputusan Nelo Vingada (jurulatih negara) memanggil empat nama pemain yang bersara sebelum ini adalah pilihan tepat.

"Kerana bagi saya, Safiq Rahim adalah pemain tengah yang terbaik setakat ini. Siapa lagi yang boleh melakukan sepakan percuma melencong yang tepat seperti yang selalu dia buat?.

"Saya harap bagilah peluang kepada Vingada untuk melakukan tugasnya," jelasnya kepada mStar Online pada Selasa.

Sementara itu ketua jurulatih Felda United itu turut memberitahu bahawa jurulatih atau pemain liga tidak perlu bising jika tidak dipanggil ke skuad kebangsaan.

"Kalau jumlah pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dipertikaikan kerana paling ramai (11 pemain) berbanding negeri lain, jawapannya adalah mereka layak.

"Kita sendiri lihat JDT menguasai carta liga, manakala Kedah pula (5 pemain) kerana mereka juara Piala FA.

"Jadi sudah tentu Vingada akan memilih pemain yang menarik perhatian dia.

"Saya sendiri pun tidak risau walaupun tiada seorang pemain Felda yang dipanggil kerana sebelum ini mereka tidak menyerlah.

"Tetapi sejak kebelakangan ini saya mempunyai tiga pemain bawah 22 tahun yang menonjol.

"Manakala pemain senior seperti Norshahrul Idlan Talaha baru menunjukkan prestasi terbaiknya, begitu juga Wan Zack Haikal yang kembali daripada kecederaan dan Shukor Adan sudah bersara,"  tambahnya lagi.

Sumber : MSTAR


Demikianlah Artikel Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik!

Sekianlah artikel Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik! dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/sathianathan-cabar-pengkritik-harimau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sathianathan Cabar Pengkritik Harimau Malaya Tampil Bersama 11 Nama Pemain Terbaik!"

Catat Ulasan

Loading...