Loading...
Judul : Potong mata 'bunuh' moral pemain dan penyokong Kelantan
link : Potong mata 'bunuh' moral pemain dan penyokong Kelantan
Potong mata 'bunuh' moral pemain dan penyokong Kelantan
KOTA BHARU 3 Mei - Pemotongan enam mata oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) ke atas Kelantan disifatkan telah membunuh moral pemain dan penyokong pasukan itu.
DATUK ISMAIL MD. NOR
|
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md. Nor berkata, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama pemangku presiden dan penaja utama musim 2017 Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara tersebut.
“Kita mengambil serius perkara ini kerana melibatkan soal moral pemain dan penyokong yang telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan mata tersebut,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemotongan enam mata ke atas The Red Warriors ekoran kegagalan melunaskan tunggakan gaji melibatkan barisan pemain pasukan itu bagi musim 2015 dan 2016.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan FMLLP mengambil tindakan drastik apabila memotong enam mata daripada dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan T-Team serta dua pasukan Liga Perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perlis berkuatkuasa dengan serta-merta.
Tindakan pemotongan mata tersebut dilakukan selepas kesemua pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran iaitu mengemukakan surat-surat selesai bayaran tunggakan dari tahun-tahun sebelum 2017.
Sekiranya keempat-empat pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran tersebut sebelum 15 Mei ini, mereka dilarang daripada mendaftar pemain baharu sepanjang tempoh pendaftaran kedua sehingga segala tuntutan diselesaikan sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Potong mata 'bunuh' moral pemain dan penyokong Kelantan
Sekianlah artikel Potong mata 'bunuh' moral pemain dan penyokong Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Potong mata 'bunuh' moral pemain dan penyokong Kelantan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/potong-mata-bunuh-moral-pemain-dan.html
0 Response to "Potong mata 'bunuh' moral pemain dan penyokong Kelantan"
Catat Ulasan