Loading...

PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan

Loading...
PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan
link : PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan

Baca juga


PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan


KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) untuk menilai tindakan yang sepatutnya diambil ke atas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). 

Ia berikutan tindakan KAFA yang terus menandatangani pemain import baharu biarpun masih belum menyelesaikan tunggakan gaji pemain lama sehingga ditempelak Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FIFPro).

Presiden PFAM, Hairuddin Omar menjelaskan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan pihaknya selain menyerahkan kepada badan yang lebih berhak mengambil tindakan iaitu FAM dan FMLLP.


"Tiada apa lagi yang kami (PFAM) boleh katakan kerana semua sudah maklum mengenai masalah KAFA yang belum menyelesaikan tunggakan gaji lama dan tindakan mereka menandatangani pemain baharu. 

"Kami hanya boleh serahkan kepada FAM dan FMLLP untuk mengambil tindakan selanjutnya. Kalau kami kata mereka (KAFA) tidak dibenarkan ikat pemain baharu pun, mereka ambil juga. 

"Saya juga difahamkan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sedang dalam proses akhir untuk membuat keputusan terhadap laporan yang dibuat pemain terhadap KAFA sebelum ini," katanya kepada BH Sukan, sebentar tadi. 

KAFA yang sudah berdepan hukuman pemotongan enam mata kerana berdepan isu sama sebelum ini dilaporkan menandatangani dua pemain import baharu, iaitu Abou Bakr El Mel dan Seydi L Imam dalam minggu ini. 

Ia dilakukan selepas mereka melepaskan penyerang sensasi Lubnan, Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta'zim (JDT) selain menggugurkan Alessandro Celin.

Sumber :Berita Harian


Demikianlah Artikel PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan

Sekianlah artikel PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/pfam-serahkan-kepada-fam-dan-fmllp.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PFAM Serahkan Kepada FAM dan FMLLP Untuk Ambil Tindakan"

Catat Ulasan

Loading...