Loading...

Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat

Loading...
Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat
link : Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat

Baca juga


Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat


PENYERANG skuad kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel dikatakan berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dibawa masuk memperkuatkan The Red Warriors (TRW) menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan kehadiran pemain itu dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ghaddar bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurutnya, Abou Bakr dijangka tiba ke Kota Bharu dalam masa terdekat dan berita mengenai kehadiran pemain tersebut mungkin akan diumumkan oleh penaja utama The Red Warriors (TRW) Tan Sri Annuar Musa nanti.

“Pemilihan Abou Bakr bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia mempunyai kemahiran setanding dengan Ghaddar.

“Saya percaya pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail mempunyai perancangan sendiri untuk membentuk gandingan mantap antara pemain tempatan dengan Abou Bakr di bahagian serangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

“Dia (Abou Bakr) beraksi di posisi serangan dan merupakan rakan sepasukan Mohammed Ghaddar dalam skuad kebangsaan Lubnan di bawah kendalian jurulatih Montenegro, Miodrag Radulovic.

“Pemain ini dijangka tiba bila-bila masa di Kota Bharu dan mungkin anda (wartawan) perlu menunggu pengumuman rasmi Tan Sri Annuar (Musa, Pengerusi Konsortium Al-Hamra) mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abou Bakr yang baharu mencecah usia 24 tahun dan beraksi bersama kelab AC Tripoli dalam liga negaranya mempunyai ketajaman penyudah seperti Mohammed Ghaddar.

Tegas sumber itu, seorang lagi calon pemain import, Sanna Nyassi (Gambia) kemungkinan tidak mendapat tempat dalam skuad pantai timur itu walaupun beraksi baik pada aksi persahabatan menentang PKNS FC di Shah Alam, baru-baru ini.

“Ada kemungkinan Sanna dibawa ke ibu negara untuk mencuba nasib dengan pasukan lain, tetapi peluang dia masih terbuka (menyertai Kelantan) kerana Kafa belum putuskan masa depan Celin (Alessandro) bersama pasukan itu,” katanya.

“Bagaimanapun, Kafa masih belum membuat keputusan mengenai masa depan seorang lagi penyerang iaitu Alessandro Cellin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sumber itu turut mengesahkan pemain TRW masih belum terima gaji April sehingga menyebabkan mereka buntu memikirkan masalah tidak berkesudahan itu.

“Sepatutnya gaji masuk minggu lalu, tetapi sehingga hari ini (semalam) pemain dan pegawai pasukan belum dapat dan ia mendukacitakan kerana mereka berdepan masalah sama setiap bulan,” katanya.

Sumber : UTUSAN


Demikianlah Artikel Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat

Sekianlah artikel Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/orang-dalaman-kafa-dedahkan-abou-bakr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat"

Catat Ulasan

Loading...