Loading...

NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji

Loading...
NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji
link : NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji

Baca juga


NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji


Gambar : UTUSAN

Jurulatih sementara Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof, menuntut pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) agar mengotakan janji untuk mengekalkan jawatan pengendali Kedah kepadanya sehingga akhir musim ini.

Kejayaan Kedah menjulang Piala FA merupakan janji KFA kepada Nidzam untuk terus menerajui Kedah sehingga penghujung musim dan telah direalisasikan di Stadium Shah Alam malam tadi.

"Ia merupakan janji oleh pihak pengurusan dan pemain-pemain yang memberikan yang terbaik," kata Nidzam.

Terdahulu, pelbagai spekulasi dan beberapa jurulatih dikaitkan menggantikan ketiadaan bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, yang meninggalkan Kedah dua minggu lalu kerana menyahut cabaran kembali bersama skuad kebangsaan.

Tegas Nidzam, kejuaraan yang diraih selepas tempoh sembilan tahun ini begitu bermakna.

Malah, katanya, ia bukan sekadar untuk menuntut janji, ini juga merupakan hadiah paling bernilai bagi menyambung kesinambungan kecemerlangan Kedah sejak kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lalu.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui terkilan dengan kegagalan Kiko Insa mengawal kemarahan di atas padang yang akhirnya memberikan kerugian kepada mereka.

"Saya telah menasihatkan pemain-pemain saya sebelum perlawanan bermula supaya lebih berjaga-jaga ketika beraksi tetapi akhirnya kami terpaksa beraksi dengan kekurangan pemain," katanya.

Dalam aksi akhir Piala FA malam tadi, Kedah muncul juara selepas menewaskan Pahang 3-2 selain Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.


Sumber : STADIUM ASTRO  


Demikianlah Artikel NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji

Sekianlah artikel NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/nidzam-tuntut-kfa-mengotakan-janji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NIdzam Tuntut KFA Mengotakan Janji"

Catat Ulasan

Loading...