Loading...

Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul

Loading...
Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul
link : Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul

Baca juga


Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul


MELAKA: Melaka United (MU) membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain Kelantan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim atau Pok Nik ketika jendela perpindahan pemain Liga Malaysia dibuka, bermula hari ini. 

Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan mereka ada membuat permohonan mendapatkan khidmat Pok Nik menerusi surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan mendapat maklum balas positif daripada pemain berkenaan. 

Selepas surat permohonan itu dihantar kepada KAFA, mereka mendapat maklum balas menerusi panggilan telefon menjelaskan Nik Shahrul masih memiliki kontrak sehingga 2018 dan MU mengambil keputusan untuk tidak meneruskan niat berkenaan. 

"Berlandaskan kontraknya yang masih panjang, kami tidak mahu mengganggu pemain terbabit, selain boleh menjejaskan kekuatan pasukan berkenaan.

 "Mungkin jodoh Nik Shahrul bersama MU belum ada, namun tidak menolak kemungkinan dia akan bersama pasukan Sang Kancil pada masa depan," katanya.

 Sebelum ini, pelbagai spekulasi perpindahan pemain itu ke MU tersiar di media sehingga mencetuskan kebimbangan peminat setia The Red Warriors bakal kehilangan pemain berbakat mereka. Bahkan katanya, KAFA juga tidak menyuarakan tebus kontrak jika dia dilepaskan dan pengurusan juga tidak mengadakan perbincangan lanjut mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar. 

Sehubungan itu, bagi menghormati kontrak yang dimiliki pemain itu, MU mengambil keputusan melupakan khidmatnya untuk bersama skuad bimbingan jurulatih, Eric Williams.

Sumber  Berita Harian


Demikianlah Artikel Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul

Sekianlah artikel Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/melaka-united-membatalkan-hasrat-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Melaka United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul"

Catat Ulasan

Loading...