Loading...

Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United

Loading...
Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United
link : Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United

Baca juga


Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United


FAKTA PERLU DIFAHAMI SEBELUM TERUS MELUAHKAN PERASAAN
Memandangkan banyak persoalan ditimbulkan mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United yang tidak dibayar oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) di media sosial, pihak Football Malaysia LLP (FMLLP) ingin menegaskan bahawa tidak ada apa-apa kes yang telah dijatuhkan hukum oleh FAM/FIFA berkenaan tunggakan gaji pemain tersebut.

Pihak FMLLP tidak mengambil tindakan ke atas mana-mana isu yang dilaporkan di media sosial. FMLLP perlu mendapat kesahihan daripada pihak berkuasa yang berkaitan sebelum bertindak seterusnya.

Harus diingat, penalti yang dijatuhkan atas pasukan-pasukan yang terlibat adalah berkait dengan kegagalan mereka memenuhi syarat-syarat pendaftaran yang terhasil dari keengganan atau ketidakbolehan mereka membuat deklarasi dan memuatnaik dokumen yang perlu hasil dari pasukan itu mempunyai tungakkan. 

Jika tidak, sudah tentu mereka dapat melengkapkan pendaftaran mereka dengan deklarasi dan dokumen-dokumen yang sahih. 

Jika mereka dikatakan telah lengkap pembayaran kesemua perkara yang perlu, tetapi gagal memuatnaik dokumen yang perlu untuk melengkapkan pendaftaran mereka, walau telah diberi ruang masa, diberi peringatan bertulis dan lisan, maka kesalahan atau perlanggaran syarat pendaftaran pasukan tetap sudah berlaku. 

Ini bukanlah peraturan baru sebaliknya peraturan sediada dalam Liga Malaysia sejak zaman liga diuruskan oleh FAM lagi.

Jadi, adalah amat mengelirukan apabila sesetengah pihak cuba menyamakan isu ditangan dengan kes-kes individu yang mungkin tidak ada kata putus atau keputusan dari pihak yang berkuasa di dalam membuat keputusan mengenai perkara itu. 

Pihak FMLLP amat berharap bahawa pihak yang cuba mencari "fakta" kes-kes lain untuk memesong perhatian daripada fakta yang sebenarnya. Kesalahan telah berlaku. 

Baiki lah kesalahan tersebut kerana walau berapa banyak lagi "fakta" yang dapat dicari, ia tidak akan menukar fakta bahawa anda telah melakukan kesalahan dan ia perlu dibetulkan. Untuk masa depan bolasepak Malaysia, mainkanlah peranan anda dan betulkanlah kesalahan itu. Itu akan lebih membantu industri bolasepak tempatan dari mencari kesalahan pihak yang lain.

Mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetangah pihak yang dikenakan hukuman pemotongan mata di akhbar-akhbar, FMLLP ingin memaklumkan bahawa kami telah berhubung dengan setiap pasukan mulai bulan Januari 2017 lagi, termasuk melalui pemberitahuan dan peringatan bertulis serta disusuli dengan panggilan telefon. 

Pasukan-pasukan tersebut tahu apa yang perlu dilakukan dan dilengkapkan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Ini jelas membuktikan bahawa FMLLP telah cuba untuk memberikan bantuan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak adalah jauh tersasar dan tidak benar sama sekali.

6 mata dipertikaikan walaupun FMLLP jelas menunjukkan artikel mana di dalam Manual Liga telah digunakan untuk menjatuhkan hukum. 

Kenapa 6? Adakah kita pertikaikan kenapa 6 apabila FIFA menjatuhkan hukuman 6 mata atas kegagalan membayar pampasan pemain? Kenapa bukan 3? Kes 1 pemain saja. 

Terdapat pelbagai kes di serata dunia termasuk dari Romania, Itali, Ireland dan England di mana pemotongan mata telah digunakan di pertengahan musim sebagai tindakan ke atas pasukan yang melanggar peraturan atau mempunyai masalah kewangan. Di dalam beberapa kes, jumlah mata yang di potong jauh lebih dari 6 dan mengakibatkan relegasi.

Adakah kesemua liga ini ditindas kerana menjatuhkan semangat pemain, bias atau menidakkan penyokong, atau adakah liga mereka ini dilihat sebagai menegakkan integriti dan melakukan yang sepatutnya serta berlaku adil kepada mereka yang mematuhi syarat atau peraturan yang perlu dipatuhi?

Kita disini lebih gemar untuk berteori konspirasi, menuduh bias dan apa saja yang boleh digunakan untuk memastikan bahawa diri sendiri tidak dipersalahkan, termasuk menuding jari ke arah pasukan atau individu lain yang dikatakan mahu menjatuhkan pasukan kami.

Matlamat FMLLP dalam isu ini ialah untuk meningkatkan tahap pematuhan dan bukan menghukum. Diharap perkara ini membolehkan semua pihak mengorak langkah ke arah pematuhan 100% yang menjadi petanda bahawa Liga Malaysia berada di landasan yang betul. Di hari tiada hukuman diperlukan, kita telah berjaya.

Kredit : FMLLP 


Demikianlah Artikel Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United

Sekianlah artikel Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/maklum-balas-fmllp-mengenai-tunggakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Maklum balas FMLLP mengenai tunggakan gaji bekas pemain Selangor dan Melaka United"

Catat Ulasan

Loading...