Loading...

'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin

Loading...
'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin
link : 'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin

Baca juga


'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin


Raja Ahmad Zainuddin kecewa tiada muka baru, pemain muda barisi Harimau Malaya

“Kewujudan Liga Malaysia (Liga-M) sebenarnya untuk apa? Jika masih tak percaya pada pemain lebih muda, saya sarankan supaya liga ditutup dan apabila pasukan negara terbabit dengan aksi antarabangsa ambil saja pemain yang difikirkan suka.”

Itu pendapat ‘orang lama’ dalam bola sepak tempatan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mencadangkan saingan Liga-M ditutup sekiranya objektif dan fungsi kancah liga domestik itu tidak difahami sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, isu skuad Harimau Malaya membariskan hampir separuh pemain berusia lebih 30 tahun ke atas seharusnya boleh dielakkan dengan memberi peluang kepada muka baru yang lebih muda dan bertenaga.

“Liga-M ada 24 pasukan yang bertanding dalam liga elit tempatan iaitu Liga Super dan Liga Perdana. Maknanya, kita ada sekurang-kurangnya 264 pemain yang beraksi dalam kesebelasan utama.

“Takkan dalam 200 lebih itu kita langsung tak jumpa pemain muda. Itu belum lagi ambil kira kejohanan bawahan (Piala FAM). Saya rasa keputusan FAM menyenaraikan hampir separuh pemain veteran seperti tak faham fungsi liga. Baik tutup (Liga-M) sebab saya rasa kita macam buang masa,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Menerusi pendedahan akhbar ini, pelbagai reaksi dan kritikan dilontarkan peminat bola sepak negara yang mempersoalkan tindakan FAM menyenaraikan hampir separuh pemain veteran bagi menghadapi aksi pertama saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia bertemu Lubnan di Stadium Larkin, 13 Jun ini.

Berdasarkan 26 pemain yang disenaraikan kali ini, hampir sembilan tonggak utama sudah mencecah usia 30 tahun ke atas yang diramal bakal mengisi kesebelasan pasukan.

Antara pemain yang dimaksudkan itu adalah S Kunanlan (31), Aidil Zafuan Radzak (30), Azamuddin Akil (32), Amirulhadi Zainal (31), S Chanturu (30), Safiq Rahim (30), Shahrom Kalam (32), Safee Sali (33) dan yang paling senior Amri Yahyah (36).

Malah, lima pemain iaitu Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Khairul Helmi Johari, Khairul Azhan Khalid dan Mahali Jasuli pula hampir mengetuk angka ‘30’ dengan masing-masing berusia antara 29-28 tahun.

Jelas bekas Naib Presiden FAM itu lagi, pemilihan pemain juga menimbulkan sedikit persoalan dengan beliau mengharapkan pengendali baru negara Nelo Vingada diberi kebebasan untuk memilih pemain kegemarannya tanpa ada unsur ‘tangan-tangan ghaib’ dari luar.

“Macam mana jurulatih yang baru sampai (Malaysia) terus bersetuju dengan senarai pemain itu. Pasukan ini sebenarnya atas pilihan pengurusan FAM atau jurulatih? Apapun, saya harap kita berilah kebebasan kepada jurulatih dalam menentukan pemainnya,” katanya. 

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel 'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin

Sekianlah artikel 'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/lebih-baik-tutup-liga-m-raja-ahmad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Lebih baik tutup Liga-M' - Raja Ahmad Zainuddin"

Catat Ulasan

Loading...