Loading...
Loading...
- Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul :
link :

Baca juga


KOTA BHARU: Mohamad Ghaddar bersetuju untuk tidak membuat tuntutan ke atas tunggakan gajinya berjumlah RM200,000 daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Persetujuan itu dicapai bersyarat iaitu KAFA membenarkannya berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT). Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata gaji tertunggak Ghaddar itu adalah gaji lamanya ketika membuat tuntutan kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA). 

"Ghaddar sudah memberi komitmen bertulis kepada KAFA untuk tidak membuat tuntutan terhadap gaji lamanya jika KAFA melepaskannya ke JDT. 

"Kita bersetuju melalui rundingan itu dan yuran perpindahan RM1.4 juta ke JDT sebenarnya adalah nilai daripada jumlah tunggakan gaji yang tidak dituntutnya hampir RM200,000," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pemain import terbaru pasukan, Abou Bakr El-Mal, di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Annuar menganggap Ghaddar pemain yang bernilai musim ini selepas mencatat nilai perpindahan tertinggi dalam sejarah KAFA.

"Kita membenarkan beliau berhijrah kerana keinginannya mengembangkan karier bola sepaknya. 

"Keputusan itu terpaksa dibuat walaupun berat untuk Kelantan. Saya harap dia (Ghaddar) bertambah maju di sana (JDT)," katanya. 

KAFA meletakkan harga sekurang-kurangnya RM2 juta kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 33 tahun itu yang pernah beraksi untuk kelab Al-Faisaly dan Tripoli FC.

Sumber : Berita Harian 


Demikianlah Artikel

Sekianlah artikel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/kota-bharu-mohamad-ghaddar-bersetuju.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to " "

Catat Ulasan

Loading...