Loading...

Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR

Loading...
Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR
link : Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR

Baca juga


Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR


ALOR SETAR - Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang dalam satu mesyuarat hari ini memutuskan untuk membatalkan hubungan politik atau dikenali sebagai tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Nik Mohammad Zawawi Salleh mengesahkan keputusan terkini parti berkenaan melalui satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan keputusan untuk "menceraikan" PKR itu adalah berlandaskan kepada tindakan parti tersebut yang sering melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi, termasuk menentang RUU 355.

"Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

"Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS," jelas kenyataan itu mengenai tingkah laku PKR yang menjejaskan perjuangan PAS sebelum ini.


Muktamar PAS yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut baru-baru ini sebulat suara menyokong padu usul memutuskan hubungan politik dengan PKR yang dianggap bertentangan dengan prinsip PAS dan hukum-hakam Islam.

Berikut dibawah adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulama PAS; - Kedahnews.com

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

“TAHAALUF SIYAASI PAS - PKR TERBATAL”

Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 Hijrah bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’
DATO DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS
14 Sya’ban 1438 / 11 Mei 2017











Demikianlah Artikel Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR

Sekianlah artikel Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/khianati-pas-majlis-syura-ulama-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Khianati PAS: Majlis Syura Ulama Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR"

Catat Ulasan

Loading...