Loading...

Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya

Loading...
Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya
link : Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya

Baca juga


Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya

PENYERANG import Kedah, Ken Ilso Larsen mendedahkan tahap kecederaan yang dialaminya ketika skuad hijau kuning menang bergaya 3-0 menentang T-Team pada Rabu.
Pemain kelahiran Denmark itu berkata, kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius, namun perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya.
Ken Ilso, 30, mengalami kecederaan bahu kanan dan terpaksa dikeluarkan selepas dikasari pemain T-Team sejurus meledak hatrik pada perlawanan berkenaan.
"Ini bukan kali pertama saya mengalami kecederaan bahu kanan, semasa menjalani latihan sebelum ini juga pernah berlaku. Pegawai perubatan berjaya merawatnya di dalam bilik persalinan dan ia tidak serius lagi.
"Cuma saya perlu rehat selama tiga minggu sebelum dapat kembali membantu rakan-rakan di atas padang.
"Ia bukan tempoh yang lama kerana kita akan berehat selama dua minggu sebelum kembali menjalani latihan dan membuat persediaan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ken Ilso menambah, dia akan pastikan kembali cergas sebelum Julai kerana Kedah akan kembali sibuk dengan Liga Super dan Piala Malaysia.
Jelasnya, kecederaan itu tidak menjatuhkan moralnya yang berjaya menghasilkan hatrik untuk Kedah dalam misi tiga mata pada perlawanan malam tadi.
"Saya cuma kecewa kerana terpaksa meninggalkan padang dan rakan sepasukan lain. Malah mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah tiga pertukaran habis dilakukan oleh jurulatih (Mohd Nidzam Adzha Yusoff).
"Apa pun saya bersyukur kerana kami menang dan dapat mencabar pendahulu liga seperti yang menjadi sasaran pasukan.
Sumber : MSTAR


Demikianlah Artikel Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya

Sekianlah artikel Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/ken-ilso-dedahkan-tahap-kecederaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ken Ilso Dedahkan Tahap Kecederaan Dialaminya"

Catat Ulasan

Loading...