Loading...
Judul : KAFA tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kepada FAM - SU KAFA
link : KAFA tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kepada FAM - SU KAFA
KAFA tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kepada FAM - SU KAFA
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendakwa ada usaha khianat daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan bola sepak negeri itu.
Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata sejak Kelantan merangkul tiga kejuaraan pada tahun 2012, pelbagai kontroversi sengaja ditimbulkan untuk melihat persatuan negeri itu berkubur, namun sehingga kini KAFA masih mampu bertahan.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pihak yang didakwa ingin menjatuhkan The Red Warriors (TRW) itu.
Berikutan itu, Ismail berkata pihaknya bercadang menggunakan khidmat peguam untuk menuntut keadilan bagi mendapatkan kembali hak mereka yang hilang enam mata berharga, baru-baru ini.
"KAFA juga tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kerana sebelum keputusan dibuat, rayuan sudah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun tiada maklum balas atau keputusan diberikan.
"Malah, tindakan FAM didapati tidak adil kepada pemain baharu yang terpaksa menerima impak buruk selepas berhempas pulas meraih kemenangan sedangkan kesalahan persatuan hanya membabitkan kes tunggakan bekas pemain terdahulu.
"KAFA juga menganggap keputusan itu tidak adil kepada peminat yang sentiasa hadir memenuhi stadium untuk menyokong pasukan kesayangan mereka, malah keputusan itu sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong di negeri ini.
"Sebelum ini, KAFA pernah berusaha menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain secara berperingkat mengikut persetujuan pihak terbabit demi memastikan TRW terus kekal bersaing dalam Liga Super," katanya ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.
Ismail juga mahu FAM mengambil serius punca tunggakan bayaran tertangguh dengan mengambil kira kemampuan kewangan persatuan negeri yang hanya mengharapkan hasil kutipan tiket dan sumbangan penajaan yang terhad.
"FAM juga harus celik mata dalam hal ini kerana persatuan negeri mempunyai kewangan terhad dan boleh menilai sendiri tanpa mengambil keputusan menghukum yang dianggap tidak adil," katanya.
Sumber : BERITA HARIAN
Demikianlah Artikel KAFA tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kepada FAM - SU KAFA
Sekianlah artikel KAFA tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kepada FAM - SU KAFA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KAFA tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kepada FAM - SU KAFA dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/kafa-tidak-berminat-untuk-mengemukakan.html
0 Response to "KAFA tidak berminat untuk mengemukakan rayuan kepada FAM - SU KAFA"
Catat Ulasan