Loading...
Judul : KAFA Percaya Bako Dapat Beraksi Menentang Pulau Pinang
link : KAFA Percaya Bako Dapat Beraksi Menentang Pulau Pinang
KAFA Percaya Bako Dapat Beraksi Menentang Pulau Pinang
KOTA BHARU 22 Mei - Penyerang kebangsaan pasukan Lebanon, Abou Bakr Al-Mel atau Bako dijangka membuat penampilan pertamanya bersama Kelantan pada pertemuan Liga Super menentang Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad IV, Rabu ini.
Setiauasaha Agung, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Ismail Md. Nor berkata, segala urusan melibatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Bako sedang diuruskan.
“Pagi ini, kita telah mendapat maklum balas daripada Persatuan Bola Lebanon (Lebanon FA) mengenai perkara tersebut. Kafa juga telah berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta badan induk itu menghubungi Lebanon FA untuk urusan itu.
“Bukan itu sahaja, Kafa sudah minta pegawai di FAM mempercepatkan urusan tersebut dan percaya Bako dapat beraksi menentang Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bako dibawa masuk bagi menggantikan rakan senegaranya Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ghaddar berpindah ke JDT dengan yuran perpindahan termahal dalam sejarah Liga Malaysia iaitu RM1.4 juta - UTUSAN ONLINE
Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel KAFA Percaya Bako Dapat Beraksi Menentang Pulau Pinang
Sekianlah artikel KAFA Percaya Bako Dapat Beraksi Menentang Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KAFA Percaya Bako Dapat Beraksi Menentang Pulau Pinang dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/kafa-percaya-bako-dapat-beraksi.html
0 Response to "KAFA Percaya Bako Dapat Beraksi Menentang Pulau Pinang"
Catat Ulasan