Loading...

KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor

Loading...
KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor
link : KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor

Baca juga


KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan yang dibuat Mohd Azrai Khor Abdullah bahawa mereka masih berhutang dengan bekas jurulatih berkenaan. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor menegaskan, persatuan itu tidak mempunyai sebarang hutang dengan bekas pengendali Kelantan musim 2015 itu, sebaliknya Azrai yang 'berhutang' dengan KAFA. 

"Sebenarnya beliau yang meninggalkan hutang dengan KAFA apabila meletak jawatan tanpa sebarang notis selepas kekalahan demi kekalahan dicipta The Red Warriors (TRW) ketika di bawah kendaliannya.

"Peminat juga boleh melihat sendiri rekod pencapaian Kelantan ketika di bawah kendalian beliau yang agak merudum dan mengalami kemerosotan," katanya ketika dihubungi BH bagi mengulas isu berkenaan, hari ini. 

"Selain itu, ia juga sebagai cara menutup episod kegagalan beliau selaku ketua jurulatih Kelantan, apabila bertindak memburukkan reputasi KAFA dengan menimbulkan isu 'tangan ghaib'. 

"Tindakan itu bertujuan mencemarkan nama baik KAFA yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah yang melanda pasukan," katanya. 

Ismail berkata, KAFA sebelum ini bersikap bertolak ansur dengan Azrai, selaras dengan hasil keputusan mesyuarat EXCO apabila memberi sagu hati kepada jurulatih berkenaan sebanyak RM20,000. 

"Saya harap beliau usah mengungkit apa yang sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak dengan cuba mengambil kesempatan terhadap isu yang melanda persatuan ketika ini," katanya.

Sumber : Berita Harian 


Demikianlah Artikel KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor

Sekianlah artikel KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/kafa-nafi-dakwaan-masih-berhutang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor"

Catat Ulasan

Loading...