Loading...

KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini

Loading...
KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini
link : KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini

Baca juga


KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin melepaskan tiga tonggak utama The Red Warriors (TRW) menjelang jendela perpindahan pemain yang berakhir pada 16 Jun ini. 

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata beliau sudah menerima surat tawaran rasmi daripada beberapa kelab dan pasukan negeri yang menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu. 

Tiga pemain berkenaan adalah penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Mohammad Qayyum Marjoni Sabil. 

Ghaddar menjadi sasaran kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala Nik Shahrul oleh Melaka United (MU) dan Mohammad Qayyum Marjoni Sabil (FELDA United). 

"Pasukan yang menghadapi kemelut kewangan seperti KAFA sudah tentu tidak berkuasa menghalang kuasa duit yang mendahului segala-galanya sehingga terpaksa melupakan khidmat pemain yang beraksi cemerlang," katanya Ditanya mengenai penyerang sensasi TRW, Ghaddar yang dikatakan hampir pasti menyertai JDT, Ismail berkata KAFA sudah mengadakan rundingan susulan agar beliau dan rakan sepasukan tidak berhijrah ke pasukan negeri lain. 

"Ghaddar ditawarkan kontrak sehingga akhir musim ini manakala Nik Shahrul Azim atau lebih dikenali Pok Nik masih berbaki kontrak sehingga 2018. Begitu juga kontrak Qayyum berakhir tahun ini. 

"Ketiadaan tonggak utama ini dikhuatiri menjejaskan perancangan ketua jurulatih, Zahasmi Ismail untuk mencari calon pengganti sesuai dalam masa agak singkat. 

"Malah momentum kemenangan yang sering dicapai TRW sejak pusingan kedua bermula tentu turut terjejas," katanya. 

Ismail berkata KAFA pernah kehilangan lapan pemain pada tahun 2013 yang 'dicuri' pasukan negeri lain, menyaksikan pasukan itu mengalami kejatuhan prestasi secara mendadak. Bagaimanapun, katanya, TRW mampu bertahan sehingga kini.

Selanjutnya di : http://ift.tt/2qaQRao


Demikianlah Artikel KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini

Sekianlah artikel KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/kafa-dedahkan-pasukan-yang-cuba-pancing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KAFA Dedahkan Pasukan Yang Cuba Pancing 3 Pemain Ini"

Catat Ulasan

Loading...