Loading...
Judul : Ghaddar Setuju Tidak Tuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA
link : Ghaddar Setuju Tidak Tuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA
Ghaddar Setuju Tidak Tuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA
Dikhabarkan, Bekas Pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar tidak akan menuntut tunggakan gajinya bersama Kelantan selepas berhijrah ke JDT.
Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, Ghaddar setuju untuk tidak membuat tuntutan tunggakan gaji berjumlah lebih RM100,000 melalui surat pelepasan yang sudah ditandatangani bersama.
"Ghaddar setuju tidak tuntut bayaran gaji bulan ini beserta tunggakan selama beberapa bulan yang berjumlah lebih RM100,00.
"Mungkin ini boleh dianggap hadiah kepada KAFA kerana setuju melepaskannya bermain bersama JDT pada jendela perpindahan pertengahan musim ini," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya dakwaan yang mengatakan yuran transfer ditawarkan JDT untuk KAFA cecah RM5 juta, Nasir menafikan dakwaan tersebut.
"Palsu! Mustahil JDT mahu bayar transfer sampai RM5 juta untuk seorang pemain, Dahulu kami lepaskan Matyo kepada mereka pun dengan harga RM200,000 sahaja, takkanlah kali ini sampai cecah angka tersebut?
"Apa yang pasti ia memang cecah angka juta dan lebih tinggi daripada pernah diterima pasukan lain cuma tidak sampai lima juta.
"Harap peminat boleh faham apa yang kami terima tidaklah terlalu banyak seperti yang diuar-uarkan" katanya lagi.
Sumber :
Demikianlah Artikel Ghaddar Setuju Tidak Tuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA
Sekianlah artikel Ghaddar Setuju Tidak Tuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ghaddar Setuju Tidak Tuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/ghaddar-setuju-tidak-tuntut-gaji.html
0 Response to "Ghaddar Setuju Tidak Tuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA"
Catat Ulasan