Loading...
Judul : FAM sahkan jurulatih Malaysia dari Portugal antara calon
link : FAM sahkan jurulatih Malaysia dari Portugal antara calon
FAM sahkan jurulatih Malaysia dari Portugal antara calon
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan seorang jurulatih dari Portugal merupakan antara calon yang akan membimbing skuad Harimau Malaya.
Hamidin Mohd. Amin
Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagaimanapun berkata, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertemu dengan seorang lagi calon untuk jawatan tersebut namun tidak mendedahkan namanya.
“Baginda juga tidak mahu bercakap banyak kepada pihak media kerana perkara ini masih dirahsiakan. Kita hanya boleh kongsikan dengan pihak media selepas perkara ini telah disahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang jurulatih dari Portugal adalah antara calon yang akan membimbing Harimau Malaya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail akan mengumumkan pelantikan beberapa hari lagi.
Menurut sumber, jurulatih dari Portugal itu telah bertemu untuk berbincang dengan Tunku Ismail di Johor Bahru.
Hamidin turut memberitahu bahawa TMJ telah mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan jurulatih yang diingini.
“Perlu dimaklumkan bahawa tawaran kita tidaklah begitu tinggi kerana FAM tidak berduit.
“Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa Tunku Presiden menggunakan duit baginda sendiri untuk menambah duit bajet tersebut bagi mendapatkan jurulatih lebih berkaliber,” katanya.
Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel FAM sahkan jurulatih Malaysia dari Portugal antara calon
Sekianlah artikel FAM sahkan jurulatih Malaysia dari Portugal antara calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel FAM sahkan jurulatih Malaysia dari Portugal antara calon dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/fam-sahkan-jurulatih-malaysia-dari.html
0 Response to "FAM sahkan jurulatih Malaysia dari Portugal antara calon"
Catat Ulasan