Loading...

Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa

Loading...
Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa
link : Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa

Baca juga


Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau belum menerima sebarang surat tuntutan atau tindakan undang-undang dari Datuk Nasharudin Mat Isa keranamendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana dari SRC International Sdn Bhd.

Katanya, sudah kira-kira dua minggu sejak beliau mendedahkan dakwaan jejak aliran dana dari akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari SRC International yang didakwanya akhirnya kepada Nasharudin.

"Walaupun saya tidak menerima sebarang surat tuntutan atau tindakan undang-undang, apa yang paling penting adalah untuk Nasharudin mengosongkan jawatan lantikannya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Rafizi kepadaMalaysiakini semalam.

Nasharudin, yang kini ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) dilantik menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM pada Ogos tahun lepas.

Rafizi berkata SPRM perlu memulakan langkah untuk mengeluarkan Nasharudin daripada panel penasihat itu jika beliau enggan mengosongkan jawatan tersebut.

Dalam responnya kepada dakwaan Rafizi terhadapnya, Nasharudin menafikanmenerima dana dari SRC International, yang pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Nasharudin juga dilaporkan berkata beliau juga menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk langkah seterusnya, termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan tindakan lain yang wajar dan sesuai.

Rafizi sebelum ini telah membuat suatu akuan berkanun (SD) menamakan Nasharudin sebagai orang yang didakwanya menerima dana dari SRC International melalui seorang peguam.










Demikianlah Artikel Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa

Sekianlah artikel Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/dana-1mdb-rafizi-masih-tunggu-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dana 1MDB: Rafizi Masih Tunggu Saman Dari Nasharuddin Mat Isa"

Catat Ulasan

Loading...