Loading...

Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona!

Loading...
Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona! - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona!
link : Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona!

Baca juga


Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona!

Coutinho dedah sebab tolak pinangan Barca

Philippe Coutinho mahu membina sebuah legasi di Liverpool dan bukannya angkat kaki lalu menjadi "seorang lagi pemain" di Barcelona, ​​Bayern Munich atau Real Madrid.

Pemain Brazil itu menikmati musim terbaiknya di Anfield sejak tiba dari Inter pada Januari 2013 -- menjaringkan 13 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mendaftarkan tujuh bantuan gol.

Coutinho yang menandatangani kontrak jangka panjang, dipercayai sehingga 2022, pada Januari lalu, masih menarik minat Barca sehingga memerlukan Klopp menangani isu berkenaan dalam sidang akhbar, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu telah meredakan kebimbangan mengenai perpindahannya apabila menegaskan dia lebih suka kekal di Liverpool.

"Kekallah di sini dan mereka akan membina tugu sebagai penghormatan ke atas anda" kata Coutinho dalam temubual dengan ESPN Brasil.

"Pergilah ke tempat lain, Barcelona, ​​Bayern Munich, Real Madrid dan anda hanya akan menjadi pemain lain. Di sini anda boleh menjadi sesuatu yang lebih baik.

"Saya mempunyai kontrak jangka masa panjang dengan Liverpool. Spekulasi hanya untuk wartawan sahaja."

Liverpool bakal menikmati aksi Liga Juara-Juara pada musim depan ekoran kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough, Ahad lalu, dan Coutinho bangga dengan cara mereka bertindak balas untuk merakamkan deretan kemenangan selepas hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan liga, awal tahun ini.

"Kami memulakan musim ini dengan baik, saya bermula dengan baik. Tetapi pada pertengahan saingan, kami berundur ke belakang," katanya.

"Kemudian, kami bangkit semula, saya menamatkan musim di tahap yang tinggi.

"Seluruh pasukan bermain dengan baik, ini adalah kemenangan yang cukup penting. Musim depan kami akan menghadapi saingan Liga Juara-Juara."

Sumber : STADIUM ASTRO


Demikianlah Artikel Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona!

Sekianlah artikel Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona! dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/coutinho-dedahkan-sebab-tidak-mahu_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Coutinho Dedahkan Sebab Tidak Mahu Menyertai Barcelona!"

Catat Ulasan

Loading...